Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

McAfee: Malware Perlombongan Kripto Meningkat 4,000% pada 2018

 

McAfee Labs Threat Report 2018 yang diterbitkan bulan Disember telah menunjukkan peningkatan besar dalam aktiviti malware perlombongan kripto tahun ini yang berada di tahap peningkatan 4,000%. Laporan itu menunjukkan bahawa kenaikan mendadak bermula pada suku terakhir 2017 menjelang suku pertama 2018. Pada suku kedua tahun ini, angka itu jatuh dan kemudian melonjak semula semula antara suku kedua dan ketiga.

Angka ini menunjukkan bahawa penjenayah kripto kini mensasarkan perlombongan kripto menggunakan malware cryptojacking terbaru. Malware perlombongan kripto meningkat 71% pada Q3 tahun 2018 menurut laporan McAfee. Penjenayah telah mensasarkan mereka yang menggunakan “router atau peranti IoT seperti kamera IP atau perakam video sebagai pelombong kripto” kerana mereka mempunyai tahap keselamatan dan CPU yang lemah.

McAfee juga membincangkan beberapa contoh bagaimana penjenayah kripto mengeksploitasi pengguna perkhidmatan seperti Telegram, Discord, dan Slack untuk menjangkiti komputer mereka dengan malware perlombongan kripto. Beberapa topik utama yang diliputi dalam laporan McAfee ini membincangkan peningkatan aktiviti dalam forum yang mana penjenayah siber bertemu, oleh itu meningkatkan keberkesanan malware perlombongan kripto.

Sumber:

https://securingtomorrow.mcafee.com/other-blogs/mcafee-labs/mcafee-labs-threats-report-examines-cybercriminal-underground-iot-malware-other-threats/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads