Default – Above Header Ads

Media Sosial Rusia, VK, Mungkin Melancarkan Kripto Sendiri

 

Media berita Rusia, RNS, telah melaporkan bahawa platform media sosial popular VKontakte (VK) mungkin melancarkan matawang kripto sendiri.

Menurut sumber yang tidak dikenal pasti, syarikat itu merancang projek untuk membangunkan matawang kripto untuk kegunaan pengguna VK. Ini akan melibatkan penciptaan akaun kripto untuk semua individu ini. Namun begitu, sumber itu juga berkata bahawa masih belum terdapat keputusan muktamad sama ada coin itu akan dilancarkan atau tidak.

VK dilaporkan telah membuat penyampaian kepada RNS yang menggambarkan bagaimana pengguna boleh mendapatkan sebahagian daripada token ini sebagai insentif untuk meluangkan masa dan menjalankan aktiviti di atas platform VK. Dengan cara ini, pengguna boleh memperoleh pendapatan, mengumpul dan menghantar token ini sesama sendiri dan pengguna lain sebagai pembayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Ia akan menjadi cara yang mudah untuk pengguna memberi tip sesama sendiri, memberi ganjaran kepada pengguna yang mempunyai content yang menarik atau komen yang disukai. Token ini akan boleh ditukarkan kepada matawang fiat melalui pembekal pembayarannya sendiri, VK Pay.

VKPay, dilancarkan pada bulan Jun 2018, membolehkan pengguna VK menghantar wang kepada sesama sendiri melalui mesej dan kad debit/kredit. Penyelidik pasaran eMarketer pernah menjangka pengguna VK akan berjumlah 40 juta di Rusia sahaja Sebelum 2019.

VK adalah laman web ketiga paling popular di Rusia, menurut Alexa. Pengasasnya, Pavel Durov, dianggap sebagai penyokong kripto dan dihormati untuk kerjanya dalam membangunkan aplikasi mesej, Telegram, yang fokus kepada privasi.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/russian-social-media-vk-could-launch-own-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.