Default – Above Header Ads

Memiliki Bitcoin di India Boleh Dikenakan Hukuman Penjara 10 Tahun

Berdasarkan laporan yang masih belum disahkan, kerajaan India mengambil serius keputusannya untuk melarang matawang virtual, dengan itu meluluskan bil untuk “Banning of Cryptocurrency and Regulation of Official Digital Currency”, dan mengenakan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam ekosistem Bitcoin atau matawang kripto. Jika ia benar, sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung membangun, menyimpan, melombong, menjual, memindah, mengeluarkan atau berurusan dalam matawang virtual akan dihukum penjara.

Menurut laporan itu, sesiapa yang dijumpai bersalah akan menerima saman tiga kali lebih tinggi dari keuntungan yang diperolehi ke atas matawang virtual itu atau tiga kali kanda kerugian kepada sistem yang menjadikan hukuman penjara 6 bulan dan/atau saman 10,000 Rupee atas kesalahan memiliki dadah kelas A hukuman yang lebih baik. Tahap keberatan jenayah yang dikaitkan dengan penggunaan Bitcoin sama dengan jenayah penyeludupan manusia.

Namun begitu, hukuman penjara yang sebenar akan ditentukan melalui empat tahap iaitu: Keuntungan/kerugian yang dijangka dan sebenar, penjejasan kepada sistem, kesalahan itu dan sama ada ia jenayah berulang.

Menurut laporan, bil itu sama kepada sentimen ‘Bitcoin boleh menghancurkan kita’ oleh Brad Sherman tetapi berbeza dari segi Indian Rupee bukan matawang simpanan Dunia ataupun dekat dengannya dan jika ia diluluskan, ia akan menjejaskan pelancongan secara signifikan kerana kebanyakan pelancong akan takut untuk dikenakan hukuman penjara 10 tahun dengan hanya mempunyai aplikasi wallet dalam telefon mereka atau perlu membuangnya sebelum masuk ke India.

Mengesahkan lagi kesan langkah drastik dari India ini, CEO Digital Currency Group, Barry Silbert mengeluarkan tweet menyatakan:

“India tidak bermain-main. Sudah tentu ini akan mempunyai kesan yang bertentangan daripada apa yang diinginkan ke atas kesedaran tentang Bitcoin dan minat dalam negara itu”.

Sumber:

https://coindoo.com/owning-bitcoin-in-india-could-attract-a-10-years-jail-term/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.