Mendekati Peristiwa Halving Litecoin, Tetapi Hype Litecoin Seperti Sudah Berakhir
Selepas harga tertinggi tahun ini iaitu $147 pada 22 Jun, nilai Litecoin telah jatuh hampir 25 peratus mengisyaratkan hype mengenai peristiwa halving ganjaran blok sudah seperti berakhir.
Pada 5 Ogos 2019, Litecoin akan melalui proses yang dipanggil halving. Ia adalah peristiwa tetap yang berlaku setiap empat tahun selepas 840,000 blok telah dilombong, mengurangkan ganjaran pelombong yang diperolehi sebanyak 50 peratus, dan seterusnya menurunkan kadar inflasi LTC.
Disebabkan pengurangan bekalan yang signifikan, peristiwa halving selalunya mempunyai impak secara langsung terhadap penilaian Litecoin di pasaran, seperti yang ditunjukkan semasa peristiwa halving sebelum ini pada 26 Ogos 2015.
Berikutan harga rendah iaitu $1.30 pada 26 April, LTC memasuki larian bull yang menaikkan nilainya sebanyak 590 peratus kepada harga tinggi $8.97 pada 9 Julai tahun yang sama. Sejak tarikh itu, Litecoin mula memasuki kitaran pembetulan sebanyak 73.2 peratus untuk berdagang pada harga $2.40 hanya sehari sebelum peristiwa halving berlaku.
Pada hari ini, hanya lebih kurang tiga minggu hari daripada peristiwa halving tahun ini, indeks teknikal yang berbeza mengisyaratkan bahawa Litecoin sedang membuat persediaan untuk kitaran pembetulan yang besar seperti apa yang berlaku pada tahun 2015.
Dalam carta satu minggu, contohnya, satu corak doji star candlestick yang semakin rata boleh dilihat. Ini adalah pembentukan bearish yang telah disahkan memandangkan harga Litecoin kini pada adalah di bawah tahap sokongan $115. Jika perdagangan kekal pada harga bawah $93.70 kemungkinan besar menyebabkan harga matawang kripto ini jatuh ke tahap sokongan seterusnya di $70 ataupun $57.
Walaupun keseluruhan struktur pasaran telah berubah sepenuhnya jika dibandingkan dengan tahun 2015 sejak institusi kewangan mula menyertai ruangan ini dan penguatkuasa juga telah masuk campur, majoriti besar pasaran masih terpengaruh dengan sentimen dan bukan asas perdagangan. Satu senario yang sama berlaku kepada peristiwa halving pertama Litecoin boleh terjadi dan matawang kripto ini boleh jatuh dalam 28 peratus.
Sumber:
https://cryptoslate.com/litecoin-halving-price-showing-exhaustion/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!