Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Menteri Ekonomi Perancis ingin Jaminan dari Facebook tentang Matawang Kripto Barunya

Menteri Ekonomi dan Kewangan Perancis ingin “meminta jaminan” dari Facebook tentang matawang digital barunya, Libra, menurut laporan laman berita Europe 1 pada 18 Jun.

Menteri Ekonomi dan Kewangan, Bruno Le Maire memberitahu Europe 1 Bahawa stablecoin Facebook yang lama dinantikan adalah “ciri kedaulatan AS” dan patut “kekal dalam tangan kerajaan AS dan bukannya syarikat persendirian yang mementingkan kepentingan persendirian”.

Le Maire menyatakan dia akan “meminta jaminan” dari gergasi media sosial seperti “jaminan bahawa instrumen transaksi tidak boleh digunakan untuk membiayai jenayah keganasan atau aktiviti haram lain”. Le Maire juga bertanya gabenor bank pusat G7 untuk melaporkan apa jaminan yang diterima dari Facebook. Le Maire berkata:

“Kita perlu memastikan bahawa tiada risiko kepada pelanggan, ia adalah peranan kami sebagai kerajaan untuk melindungi pengguna. […] Ia akan membolehkan Facebook mengumpul berjuta-juta data sekali lagi, yang menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa ia perlu untuk mengawal selia gergasi digital, untuk memastikan mereka tidak masuk ke dalam situasi monopoli.”

Pada 18 Jun, Facebook melancarkan projek infrastruktur kewangan berdasarkan blockchain. Stablecoin itu akan beroperasi di atas blockchain Libra, dan disandarkan kepada simpanan aset yang “direka bentuk untuk memberinya nilai intrinsik” dan mengurangkan turun naik yang drastik.

Memandangkan Libra tidak disandarkan kepada mana-mana matawang fiat secara teknikal, whitepaper itu menyatakan bahawa pengguna tidak selalunya boleh menebus token untuk jumlah fiat yang tetap, walaupun Facebook mendakwa bahawa aset simpanan telah dipilih untuk kestabilan.

Facebook juga mendedahkan pelancaran Libra Investment Token – berbeza daripada matawang kripto Libra untuk pengguna global – yang boleh dibeli atau diedar sebagai dividen kepada ahli pertubuhan pentadbiran.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, matawang kripto itu akan memudahkan pembayaran di pelbagai platform Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram, yang berpotensi menarik pengguna sebanyak 2.7 bilion.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/french-minister-of-economy-to-ask-for-guarantees-from-facebook-in-regards-to-its-forthcoming-coin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.