Default – Above Header Ads

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Austria: Blockchain Tidak Memerlukan Kawal Selia

 

Teknologi blockchain telah membawa banyak kegunaan kepada pembangunan industri moden. Namun begitu, masih jauh lagi untuk teknologi ini digunakan secara meluas.

Salah satu sebab mengapa development semakin perlahan di tahap perniagaan adalah kerana kekaburan peraturan berkaitan teknologi ini. Walaupun banyak negara ingin mengembangkan teknologi ini, banyak lagi negara lain yang ingin menyekat perkembangan bebas industri ini. Ketidakpastian ini membimbangkan kerajaan yang mencari cara untuk mengawal selia sektor yang baru ini, lebih-lebih lagi kerana kurang pemahaman.

ANON Blockchain Summit yang diadakan pada 2 dan 3 April di bandar Vienna, Austria telah melibatkan satu perbincangan panel tentang “Peranan Kerajaan dalam Era Blockchain.” Semasa persidangan ini, tiga pakar telah berbahas selama 40 minit tentang keadaan semasa dan masa depan teknologi blockchain.

Namun begitu, pendapat paling popular setakat ini adalah dari Margarate Schramböck, Menteri Persekutuan untuk Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria. Pakar politik dalam pengurusan perniagaan menyatakan bahawa kawal selia atas teknologi blockchain adalah tidak perlu, khususnya pada awal perkembangan ini:

“Kita tidak perlukan kawal selia untuk Blockchain kerana kita juga tidak kawal selia teknologi seperti machine learning atau C++”

Walaupun terdapat persetujuan tentang keperluan untuk mengawal selia aktiviti berkaitan matawang kripto untuk mengelak daripada jenayah seperti penipuan, lari cukai, dan penggubahan wang haram, teknologi di sebaliknya tidak memerlukan kawalan seperti itu.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Seperti Pesuruhjaya SEC, Hester Peirce, Schramböck menjelaskan bahawa peraturan berlebihan akan merumitkan pembangunan industri dan perniagaan baru. Menteri itu meminta penguatkuasa bertenang untuk mengelak daripada kesilapan terlebih kawal selia terhadap teknologi ini:

“Eropah mempunyai kecenderungan yang kuat untuk terlebih kawal selia, kemudian kami terkejut kerana tiada syarikat Eropah di kedudukan 10 teratas di dunia.”

Schramböck menganggap penggunaan teknologi blockchain bukan sahaja positif untuk ekonomi. Di peringkat politik dan kerajaan, penggunaan DLT boleh membantu mengurangkan birokrasi, korupsi dan pemindahan maklumat antara stakeholder.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/blockchain-doesnt-need-regulations-austrian-minister-for-digital-and-economic-affairs-says/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads