Menteri Jerman Tegaskan Lagi Penyataannya Terhadap Libra
Menteri Kewangan Persekutuan Jerman, Olaf Scholz telah menegaskan lagi kenyataan sebelumnya bahawa penggubal dasar harus menghalang penerbitan stablecoin Libra oleh Facebook. Ketika mesyuarat International Monetary Fund dan Bank Dunia pada hari Jumaat, Scholz menegaskan bahawa stablecoin boleh menimbulkan risiko antarabangsa.
Scholz menyatakan keraguannya mengenai rancangan gergasi media sosial Facebook, yang menyatakan: “Kami akan mengawasi keadaan ini dengan berhati-hati dengan segala cara yang kami mampu. Saya tidak akan memihak kepada penciptaan matawang dunia seperti ini kerana ini adalah tanggungjawab negara-negara demokratik. “
Scholz berkata bahawa sistem kewangan sedia ada memerlukan pembaharuan untuk memperbaiki dan menyelaraskan pembayaran rentas sempadan, tetapi tanpa mengancam autonomi negara. Scholz mengulangi kenyataan pertengahan September apabila beliau menggesa para pembuat dasar untuk tidak menerima mata wang selari seperti stablecoin Libra. “Kerajaan Persekutuan akan bekerja di peringkat Eropah dan antarabangsa untuk memastikan bahawa stablecoin tidak akan menjadi alternatif kepada mata wang rasmi”.
Rujukan:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!