Default – Above Header Ads

Menteri Rusia: Matawang Digital Tidak Perlu Didefinisikan Secara Jelas dalam Peraturan Sedia Ada

 

Alexander Konovalov, peguam terkemuka dan Menteri Penghakiman Rusia, telah mengesahkan bahawa perlembagaan dan undang-undang Russian Federation yang mengawal selia sistem kewangan tradisional negara itu “secara kategori melarang penggunaan matawang digital sebagai medium pembayaran.”

Pengumuman Konovalov datang sewaktu government hour iaitu mesyuarat yang selalu diadakan di Federation Council negara itu. Menurut berita tempatan Tass, rangka undang-undang untuk aset digital yang menyeluruh mungkin tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Memetik Artikel 75 perlembagaan Rusia, yang mengatakan bahawa bank rizab Rusia adalah satu-satunya institusi kewangan dalam negara yang boleh mengeluarkan legal tender (dalam bentuk rouble Rusia), Konovalov menjelaskan bahawa memperkenalkan atau mengeluarkan matawang jenis lain adalah dilarang.

Walaupun matawang digital tidak sah digunakan sebagai medium pertukaran (MoE), Konovalov mengatakan bahawa aset digital boleh diklasifikasi sebagai “harta lain” di bawah peraturan sedia ada Rusia. Walaupun begitu, ahli politik dan penggubal undang-undang berpengalaman itu mengatakan bahawa buat masa ini tidak perlu untuk mendefinisi konsep matawang digital dengan jelas.

Pandangan kerajaan Rusia berkenaan matawang digital masih lagi tidak jelas, sama seperti India. Bulan yang lalu, Kementerian Pembangunan Ekonomi negara itu telah mendraf undang-undang baru yang membenarkan entiti komersial terpilih (dari industri IT dan blockchain) untuk menjalankan transaksi kewangan dengan aset kripto.

Pada pertengahan bulan Januari, Anatoly Aksakov, ketua State Duma Committee Financial Market berkata semasa sidang media bahawa negara itu merancang untuk menguatkuasakan beberapa bil yang berkaitan dengan pengawalseliaan ekonomi digital negara itu. Menurut Tass, penguatkuasa Rusia juga mempertimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang tentang penggunaan matawang digital dalam transaksi kewangan.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/russian-minister-cryptocurrencies-need-not-be-clearly-defined-under-current-regulations/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.