Mercury FX: Penggunaan xRapid Ripple Lebih Cepat dan Murah berbanding SWIFT
Mercury FX berkata penggunaan komersial xRapid berdasarkan XRP mempercepatkan dan mengurangkan kos transaksi merentasi sempadannya.
CEO Mercury FX, Alastair Constance yang hadir di Ripple Regionals 2019 di London mengatakan Bahawa xRapid membuktikan ia pilihan yang lebih baik daripada rangkaian pembayaran global terkemuka: Swift.
Mercury FX, pembekal pertukaran matawang global yang mempunyai pejabat di London, Hong Kong dan Cape Town, kini merancang untuk membuka satu lagi pejabat baru di Filipina.
“Kami menjalankan pembayaran komersial secara langsung kami yang pertama beberapa minggu yang lalu. Jadi kami kini membuat pembayaran untuk korporat UK ke Mexico untuk mengimport makanan Mexico. Dan transaksi itu bergerak lebih laju daripada pembayaran melalui Swift, dengan kos yang lebih rendah.
Jadi kami sudah mempunyai laluan Mexico. Ia sudah live. Ia sedang digunakan. Dan saya rasa hari ini atau esok kami akan menguji Filipina dengan matlamat untuk pergi live minggu seterusnya.”
Bulan yang lalu, Mercury FX mendedahkan maklumat pembayaran komersial xRapid terbesarnya. Syarikat itu menggunakan xRapid untuk menghantar $4,754 dari UK ke Mexico. Pembayaran itu dilaksanakan dalam masa beberapa saat sahaja, berbanding 31 jam yang diperlukan untuk pembayaran tradisional. Penjimatan kos syarikat itu adalah $102.
1/1 We've made our largest payments across RippleNet using #XRP – 86,633.00 pesos (£3,521.67) from the U.K. to Mexico in seconds. pic.twitter.com/WsHJuZTiOy
— Mercury-fx Ltd (@mercury_fx_ltd) January 17, 2019
Sementara itu, Swift sedang berusaha untuk menambah baik kelajuan, kebergantungan dan kos pembayarannya, dan kini menguji sistem pembayaran baru yang direka bentuk untuk bersaing dengan Ripple dan startup pembayaran merentasi sempadan yang lain.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!