Default – Above Header Ads

MetLife Laksana Projek Perintis Pembayaran Insurans Diabetes Kehamilan Menggunakan Blockchain di Singapura

 

MetLife telah memulakan ujian ke atas penyelesaian insurans automatik yang akan melihat wanita mengandung yang didaftarkan di Singapura mendapat bayaran automatik sekiranya mereka didiagnosis dengan diabetes. Dibangunkan oleh LumenLab, pusat inovasi MetLife Asia, produk eksperimen yang dikenali sebagai ‘Vitana’ akan menjadikan penggunanya tidak perlu memfailkan tuntutan perlindungan insurans. Menurut MetLife, ini adalah penyelesaian insurans automatik pertama di dunia yang menggunakan teknologi blockchain, yang kini dalam fasa perintis.

Dengan Vitana, rekod perubatan elektronik pelanggan disambungkan dengan selamat melalui peranti mudah alih sebelum polisi insurans diterbitkan dalam beberapa minit. Semua yang wanita hamil dalam enam bulan pertama kehamilan perlu lakukan ialah memuat turun aplikasi mudah alih. Semasa fasa perintis ini, liputan insurans maksimum yang ditawarkan ialah SGD 2,500 (kira-kira AS $ 1,830). Vitana telah dibangunkan dalamsandboxpengawalseliaan Pihak Berkuasa Monetari Singapura.

Beberapa firma yang bekerjasama dengan LumenLabs untuk membangun Vitana termasuklah penyedia rekod perubatan elektronik Vault Dragon, firma teknologi blockchain Cognizant dan reinsurerSwissRe. Selain itu, LumenLab juga bekerjasama dengan Kumpulan Kesihatan Wanita Medial Singapura selain klinik lain.

Sumber:

https://www.businesswire.com/news/home/20180820005644/en/MetLife’s-New-Blockchain-Health-Insurance-Product-Eliminates

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads