Michael Ford Dinamakan Sebagai Penyenggara Kod Bitcoin Core Baru
Penyumbang Bitcoin Core yang sudah lama, Michael Ford, yang menggunakan kod “fanquake” telah dinamakan sebagai penyenggara terbaru projek software terbuka itu.
Ford akan menyertai empat lagi penyenggara Bitcoin Core sedia ada – Wladimir van Der Laan, Jonas Schnelli, Marco Falke dan Samuel Dobson – dalam menjalankan kerja “penyelenggaraan” yang akan memastikan versi paling popular software nod Bitcoin itu dijaga dengan baik.
Keputusan itu dibuat di mesyuarat terakhir CoreDev, acara untuk jemputan sahaja yang mengumpul penyumbang Bitcoin Core paling aktif beberapa kali setahun. Memandangkan pembangun berada di seluruh dunia dan selalunya berhubung secara online, ini memberi masa kepada mereka untuk bersemuka.
Ford dicalonkan, seperti yang diterangkan dalam transkrip di bawah peraturan Chatham House (yang tidak meletakan nama pada komen spesifik untuk menggalakkan perbincangan lebih bebas) yang ditulis oleh penyumbang Bryan Bishop.
Ford seterusnya menambah kuncinya ke dalam fail “senarai kunci yang dipercayai” di GitHub, memberinya kebolehan untuk menggabungkan penambahbaikan yang telah disahkan ke dalam asas kod.
Ford berkata di GitHub:
“Saya akan mendapat akses kepada penggabungan dan akan meneruskan dengan semua kerja penyelenggaraan triage/repo. Saya akan lebih fokus kepada pembangunan sistem dengan panduan dari [Cory Fields].”
Gelaran penyenggara kadang kala digabungkan dengan ketua projek, yang bukanlah apa peranan itu sebenarnya.
Walaupun begitu, penyenggara memainkan peranan yang penting (dalam semua projek terbuka). Apabila perubahan kod telah dinilai, penyenggara membantu memandu proses itu dan menggabungkannya dalam kod lain.
Sumber:
https://www.coindesk.com/michael-ford-named-newest-bitcoin-core-code-maintainer
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!