Default – Above Header Ads

Microsoft Azure Umumkan Token Blockchain Dan Perkhidmatan Pengurusan Data

Microsoft Azure mengumumkan perkidmatan tokenisasi dan perkhidmatan pengurusan data blockchain terbaru. Dalam penerbitan di blog Microsoft Azure pada 6 Disember, gergasi perkhidmatan IT itu mengumumkan Azure Blockchain Token dan pengurusan data blokchain.

Perkhidmatan Azure Blockchain Token bertujuan untuk memudahkan definisi, penciptaan dan pengurusan blockchain yang dibina mingikut standard industri. Firma itu juga menyediakan templat untuk kegunaan biasa dan menjadi tuan rumah galeri untuk templat yang dicipta oleh rakan kongsi, yang dijangka akan ditambah pada masa akan datang. Pengumuman itu berbunyi: “Dengan tawaran terbaru ini, kami kini dapat menawarkan kepada para pelanggan perkhidmatan dari awal hingga akhir dengan memudahkan pembuatan dan pengurusan token untuk aset fizikal atau digital melalui Azure Blockchain Token, selain menguruskan rangkaian blockchain itu sendiri melalui Azure Blockchain Service.”

Perkhidmatan lain yang diumumkan adalah pengurusan data blokchain, merupakan ciri Perkhidmatan Azure Blockchain yang baru yang direka untuk membolehkan penggunanya menangkap data blockchain, mengubah dan menyahsulitkannya jika data tersebutkan disulitkan dan menghantarnya kepada pelbagai sumber. Mengikut pengumuman, fungsi baru ini memudahkan “tugas rumit untuk mengintegrasikan aplikasi sedia ada dengan data yang terletak pada blockchain.”

Rujukan:

https://azure.microsoft.com/en-us/blog/accelerating-blockchain-adoption-in-the-enterprise/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.