Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Microsoft Lancarkan Produk Blockchain Ethereum Baru Yang Tidak Memerlukan Kepada Perlombongan

 

Microsoft telah melancarkan produk baru Blockchain sebagai Perkhidmatan (BaaS) yang membolehkan perniagaan merentasi industri menggunakan Ethereum. Ethereum Proof-of-Authority di Azure membolehkan perusahaan untuk membina aplikasi pada blockchain Ethereum yang tidak menggunakan konsensus Proof-of-Work (PoW) dan seterusnya tidak memerlukan perlombongan.

Untuk tujuan ini, produk Proof-of-Authority mempunyai aplikasi terdesentalisasi (DApp atau dApp) yang dipanggil “Governance DApp” yang menyediakan ahli-ahli konsortium dengan kuasa untuk mentadbir rangkaian atau mewakilkan kuasa pengundian mereka kepada orang lain. Peserta rangkaian juga boleh mewakilkan nod lain untuk mengundi bagi pihak mereka sekiranya nod utama mereka di luar talian, memastikan semua ahli mengekalkan penyertaan konsensus berterusan.

Pentadbir rangkaian boleh menggunakan pengundian rangkaian untuk mengundi dan mengubah pihak berkuasa rangkaian secara telus. Bersama dengan produk Ethereum berasaskan PoW asal, Azure yang menggunakan model konsensus baru ini boleh dibina dalam masa lima minit, menyediakan perusahaan dengan penyelesaian DLT “dalam satu klik”.

Sumber:

https://azuremarketplace.microsoft.com/en-us/marketplace/apps/microsoft-azure-blockchain.azure-blockchain-ethereum?tab=Overview

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads