Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Microsoft Menambah Simbol Bitcoin ke Dalam Program Excel

Simbol Bitcoin nampaknya telah ditambah ke dalam Microsoft Excel. Pengguna software pencipta  spreadsheet itu kelak akan dalam menggunakan simbol matawang Bitcoin semasa merekod data kewangan.

Langkah itu adalah tanda terbaru dari firma teknologi gergasi itu bahawa Bitcoin adalah lebih dari hanya satu hype. Apa yang menarik, tiada aset kripto lain yang nampaknya ditambah sebagaii sebahagian daripada kemaskini itu.

Menurut pengguna Reddit “thepowerx”, Microsoft Excel akan memaparkan Bitcoin sebagai matawang yang disokong di masa hadapan. Tweet seterusnya, yang diterbitkan kemudian menunjukkan tangkapan skrin yang diambil dari software popular itu.

Walaupun begitu, tiada maklumat lanjut tentang pilihan matawang baru Excel itu. Kami tidak tahu sama ada ia akan ditambah ke dalam program untuk semua pengguna, jika ianya datang dengan seluruh pakej Microsoft Office, ataupun sama ada paparan skrin itu benar.

Menambah sokongan untuk Bitcoin ke dalam programnya adalah konsisten dengan penerimaan Microsoft terhadap Bitcoin dalam tahun-tahun yang lalu. Gergasi teknologi itu mula menerima pembayaran Bitcoin untuk produknya pada tahun 2014, menjadikan ia antara yang terawal.

Baru-baru ini, syarikat itu menjadi popular kerana penglibatannya dalam pelancaran platform Bakkt dengan Intercontinental Exchange – pemilik Bursa Saham New York. Bahagian venture capital Microsoft – dikenali sebagai M12 – dilaporkan salah satu penyokong kewangan platform yang dinanti-nantikan itu. Yang lain termasuk Galaxy Digital, Horizons, Ventures, Fortress Investment Group dan Boston Consulting Group.

Apa yang menatik adalah Microsoft bukan hanya menyokong Bitcoin dengan menormalisasikannya melalui keputusannya untuk menyenaraikan matawang itu dalam program tetapi juga dengan membina secara langsung atas rangkaian itu. Firma itu baru-baru ini telah membina dan melancarkan alat identiti desentralisasi di atas blockchain BTC.

Projek itu, Ion, akan membolehkan pengguna mengawal identiti digital mereka sendiri tanpa pelu bergantung kepada mana-mana syarikat. Mereka yang menyokong projek itu mengatakan ia akan menambah baik privasi browser.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/05/27/crypto-is-here-to-stay-microsoft-adds-bitcoin-symbol-to-its-excel-program/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads