Default – Above Header Ads

Mining Pool Ethereum Membahagikan Yuran $330,000 Dengan Pengguna yang Tidak Sengaja Menghantarnya

 

Mining pool Ethereum terkenal Sparkpool baru-baru ini telah bersetuju untuk membahagikan yuran ETH bernilai $330,000 yang dilombong awal tahun ini dengan pengguna yang tidak sengaja meletakkan yuran 2,100 ETH kepada transaksi, menyebabkan ganjaran blok yang besar.

Menurut kemaskini daripada firma itu, tidak lama selepas melombong blok yang mempunyai yuran perlombongan ETH lebih $300,000 itu, Sparkpool menerima emel anonymous daripada seseorang yang mendakwa telah meletakkan yuran yang sangat besar secara tidak sengaja kepada satu transaksi.

Firma itu meminta individu itu membuktikan mereka menghantar transaksi itu, dengan meminta transaksi 0.022517 ETH kepada alamat mining pool itu, menggunakan alamat yang sama. Selepas menerima pengesahan tentang identiti penghantar itu, Sparkpool mula berbincang dengan penghantar itu yang bekerja di firma blockchain di Korea Selatan.

Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju bahawa Sparkpool akan memulangkan separuh daripada jumlah itu, dan menyimpan separuh lagi – yang akan diedarkan kepada pelombongnya, sebagai ganjaran melombong blok itu. Untuk mengesahkan perjanjian itu, Sparkpool meminta transaksi 0.666 ETH, yang datang dengan mesej mengucapkan terima kasih atas integriti mereka.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.