Default – Above Header Ads

MIT Technology Review: Blockchain akan Dinormalisasikan di 2019

MIT Technology Review telah menerbitkan satu artikel pada 2 Januari 2019, mengatakan bahawa 2019 adalah tahun Blockchain menjadi sesuatu yang biasa. Review tersebut adalah majalah persendirian tetapi dimiliki oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat.

Artikel itu memberi pandangan lakonik tentang sejarah Blockchain, mendakwa teknologi itu satu “revolusi yang sepatutnya mengubah sistem kewangan global” pada tahun 2017, tetapi menjadi sesuatu yang mengecewakan di 2018 – melihat kepada penurunan signifikan dalam penilaian hampir semua aset kripto dan matawang berdasarkan Blockchain.

Walaupun begitu, Review tersebut berhujah, di awal tahun yang baru ini, terdapat banyak “projek yang inovatif yang masih lagi hidup malah sudah hampir mengeluarkan keputusan yang baik.” Bersama-sama dengan beberapa syarikat besar yang merancang untuk melancarkan projek Blockchain tahun ini, tahun 2019 dilaporkan akan menjadi “tahun teknologi Blockchain akhirnya menjadi normal.”

Sebagai contoh kepada transformasi sektor yang akan datang, Review merujuk kepada kemasukan pemain dari Wall Street seperti NYSE yang memiliki ICE dan juga pelabur gergasi Fidelity dalam bisnes matawang kripto.

Walaupun hype tentang Blockchain semakin pudar, Review itu berkata perkhidmatan yang ditawarkan dalam infrastruktur untuk kripto yang diluluskan penguatkuasa adalah faktor utama sektor tersebut menjadi mainstream.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/mit-technology-review-blockchain-will-become-normalized-in-2019

EXMO affiliate program

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads