Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Monero Laksanakan Hard Fork, Termasuk Algoritma Perlombongan Kalis-ASIC

Rangkaian Monero (XMR) telah berjaya menaiktarafkan perisiannya kepada RandomX, sebuah algoritma perlombongan baru yang bertujuan untuk menjadi lebih kalis-ASIC.

Pada 30 November, kumpulan kerja komuniti Monero melakukan siaran langsung di YouTube yang mana penaiktarafannya berlaku sekitar 58 minit. Penaiktarafan baru ini juga memperkenalkan algoritma bukti-kerja (PoW), RandomX, yang menggunakan pelaksanaan kod rawak bersama teknik-teknik yang memfokuskan memori agar kalis mesin perlombongan ASIC.

Penaiktarafan ini juga dilaporkan dioptimumkan untuk CPU umum untuk menjadikan rangkaian lebih terdesentralisasi. Akibatnya, mereka yang ingin menggunakan unit pemprosesan grafik (GPU) untuk melombong Monero mungkin merasa lebih sukar untuk melakukannya. Pasukan Monero percaya bahawa mesin ASIC mempunyai kesan pemusatan kerana terdapat hanya beberapa syarikat di dunia yang mampu mengeluarkan mesin tersebut.

Rujukan:

https://www.youtube.com/watch?v=Cz_xiU_x9bs&feature=youtu.be

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.