Default – Above Header Ads

MoneyGram Umumkan Teknologi Pengiriman Wang Masa Nyata, Berasaskan Teknologi Visa

Pengiriman wang gergasi MoneyGram mengumumkan perkhidmatan baru yang membolehkan penghantaran wang masa nyata, tetapi penyelesaian dari Ripple rakan kongsi blockchainnya tidak digunakan. MoneyGram baru-baru ini mengumumkan FastSend, sebuah perkhidmatan baru yang membolehkan pelanggan menghantar wang secara langsung ke nombor telefon menerusi laman web khusus atau aplikasi mudah alih.

Kamila Chytil, Ketua Pegawai Operasi MoneyGram menerangkan bahawa FastSend menggunakan Visa’s Direct Original Credit Transaction untuk menghantar dana ke akaun bank melalui deposit kad Debit. Walaupun DLT tidak digunakan, laman web dan aplikasi berdedikasi menggunakan perkhidmatan mikro berasaskan awan sumber terbuka. Chytil juga menegaskan bahawa sementara Ripple tidak terlibat dalam perkhidmatan ini, firma tersebut menggunakan teknologi blokchain secara meluas dalam bidang lain: “Hari ini, MoneyGram menggunakan produk Ripple’s On Demand Liquidity yang membolehkan MoneyGram untuk berdagang FX di peringkat korporat menggunakan XRP. Ia merupakan fungsi perbendaharaan belakang yang tidak dihadapi pengguna. Teknologi ini membantu menyelesaikan aspek yang paling mahal dan memakan masa proses semasa dengan mengurangkan jumlah wang yang diperlukan oleh syarikat untuk diletakkan di seluruh dunia, yang akhirnya akan mengurangkan keperluan modal kerja.”

Tambahan pula, Chytil berkata MoneyGram juga menilai kes penggunaan lain “di mana blockchain dapat membantu menyelesaikan privasi data dan kewajipan pengawalseliaan melalui teknologi lejar teragih.” Secara keseluruhan, beliau bercakap tentang DLT dan matawang kripto, dengan menyatakan bahawa firma tersebut percaya bahawa blockchain global menjadi masa depan pembayaran merentas sempadan global dan pemindahan wang.

Chytil juga memuji pasaran matawang kripto kerana sentiasa aktif – tidak seperti pasaran tradisional – dan keupayaan aset kripto untuk memendekkan masa penghantaran mata wang. Akhirnya, beliau berkata MoneyGram sedang mengkaji pelbagai kes penggunaan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi Ripple dan mengintegrasikan versi terbaru perkhidmatan Ripple untuk menawarkan perkhidmatan tunai kepada semua ahli rangkaiannya.

Rujukan:

https://www.moneygram.com/mgo/us/en/m/fastsend

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads