Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

MoneyMatch Selesai Jalankan Transaksi Rentas Sempadan Pertama Menggunakan Blockchain Ripple

 

Syarikat permulaan fintech Malaysia, MoneyMatch telah berjaya menjalankan urus niaga rentas sempadan langsung pertama Malaysia menggunakan teknologi blokchain. Dalam satu kenyataan semalam 13 Oktober, MoneyMatch berkata urus niaga itu adalah kerjasama dengan Ripple Labs Inc yang berpangkalan di San Francisco dan membantu pengguna runcit menukarkan ringgit kepada euro pada kos yang jauh lebih rendah berbanding proses pemindahan telegraf tradisional bank.

“Ia juga berjaya memproses urus niaga dalam masa beberapa jam melalui blockchain berbanding rangkaian SWIFT tradisional yang digunakan oleh bank yang akan mengambil masa minimum dua hari,” katanya. MoneyMatch berkata urus niaga itu berlansung dari Malaysia ke Sepanyol dan selepas itu, ia juga melakukan pembayaran rentas sempadan secara langsung ke Jerman, Latvia dan Ireland. “Dengan kejayaan urus niaga merentas sempadan pertama ke Eropah, MoneyMatch kini dapat mengekalkan harga terbaik dan kelajuan terpantas untuk pembayaran antarabangsa ke Eropah.”

MoneyMatch diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah FinTech Sandbox dan setakat ini, syarikat itu tetap menjadi satu-satunya firma fintechyang beroperasi menggunakan e-KYC di Malaysia.

Sumber:

http://www.theedgemarkets.com/article/moneymatch-conducts-its-first-crossborder-transaction-blockchain

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.