Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Morningstar Bangunkan Platform Blockchain Untuk Sekuriti Hutang

Cabang penarafan kredit gergasi perkhidmatan kewangan Morningstar sedang membangunkan platform blockchain untuk industri sekuriti hutang yang bernilai $ 117 trilion. Morningstar Credit Ratings sedang membina sistem penilaian untuk sekuriti hutang yang dikeluarkan sebagai token di blockchain.

Michael Brawer, COO di Morningstar Credit Ratings, menyatakan bahawa firma itu sedang bekerja dengan beberapa firma blockchain yang sedang berusaha menerbitkan instrumen hutang di blockchain. Syarikat itu dilaporkan mula bekerja dengan teknologi blockchain pada bulan Jun 2018, ketika Morningstar menerbitkan laporan mengenai bagaimana firma seperti Bank of America, Apple dan Walmart menggunakan teknologi blockchain, dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi liputan agensi penarafan kredit.

Setakat ini, Morningstar sedang bekerja pada dua projek utama berasaskan blokchain dalam industri sekuriti hutang. Salah satu daripada projek tersebut, mereka berhasrat untuk meletakkan sistem Morningstar untuk penarafan bon secara langsung di blockchain Ethereum melalui teknologi yang disebut oracle. Oracle menggerakkan data ke blockchain dengan cara memastikan data tidak dimanipulasi dan oleh itu menjadikannya layak untuk digunakan dalam kontrak pintar.

Projek kedua melibatkan pembinaan model penarafan kuantitatif bagi sekuriti hutang yang diwujudkan di blockchain. Agensi-agensi kredit dapat menggunakan model-model ini untuk menentukan kelayakan kredit dari pelbagai jenis sekuriti hutang. Menurut Brawer, projek oracle ini boleh siap menjelang akhir tahun 2019, tetapi projek pemodelan penarafan sekuriti hutang blokchain mungkin tidak bersedia untuk dilancarkan sehingga akhir tahun 2020.

Rujukan:

https://www.forbes.com/sites/michaeldelcastillo/2019/10/01/morningstar-is-building-a-blockchain-bridge-to-the-117-trillion-debt-securities-industry/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads