Default – Above Header Ads

Mt. Gox Memfailkan Kreditor untuk Pembayaran Semula Secara Otomatik

 

Pengguna yang memegang Bitcoin di bursa pertukaran Mt. Gox dan mempunyai tuntutan pengembalian wang yang difailkan dilaporkan boleh menerima sebahagian daripada dana mereka kembali, menurut emel yang belum disahihkan yang diterbitkan di Reddit pada 22 April.

Dialamatkan kepada semua pengguna Mt. Gox, mesej itu dilaporkan berkata:

“Kreditor yang membantah tuntutan pengembalian wang anda telah menarik kembali bantahan mereka. Hasilnya, kelulusan tuntutan anda telah menjadi efektif, dan anda tidak lagi perlu memfailkan permohonan untuk penilaian tuntutan.”

Tangkapan skrin emel itu dikongsi di Reddit oleh DerEwige, yang juga memasukkan tangkapan skrin emel itu yang diterjemah kepada bahasa Jepun dan Inggeris.

DerEwige menginterpretasi emel itu untuk Bermakna bahawa pengguna Mt. Gox yang gagal mengisi tuntutan pengembalian dana selepas kehilangan Bitcoin mereka telah mempunyai tuntutan yang dibuat secara otomatik ke atas nama mereka, yang kini telah diluluskan.

Pengguna Reddit itu menambah bahawa mereka tidak pasti tentang bila pembayaran pampasan itu akan dibayar, dan berapa banyak Bitcoin akan diterima pengguna yang terjejas.

Cointelegraph masih belum dapat mengesahkan kesahihan emel ini. Dua kreditor Mt. Gox yang ditemubual berkata mereka tidak pernah menerima mesej seperti itu dari bursa itu.

Menurut pengguna di siaran Telegram MtGoxCreditros, tuntutan yang dikemukakan sendiri yang tidak dituntut dalam bankrap atau secara sivil tidak lagi dibantah jika pengguna boleh menunjukkan identiti masing-masing.

Penggodaman Mt. Gox pada tahun 2011 – dengan bursa itu ditutup pada tahun 2014 – adalah penggodaman Bitcoin terbesar, dengan 850,000 BTC (bernilai lebih $460 juta pada waktu itu) dicuri. Bursa itu akhirnya jatuh tiga tahun kemudian, dengan 24,000 kreditor menanti wang mereka.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/unconfirmed-mt-gox-automatically-filing-creditors-for-repayment

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads