Default – Above Header Ads

Naiktaraf Constinople Ethereum Terhenti Di Testnet Ropsten

 

Rangkaian ujian utama Ethereum, Ropsten, kini sedang terhenti. Kod untuk hard forkEthereum, yang dinamakan Constantinople, ditetapkan untuk diaktifkan pada Ropsten pada blok nombor 4,230,000. Bagaimanapun, menurut laman explorer blockchain seperti Etherscan dan Blockscout, rangkaian Ropsten semasa terhenti pada blok 4,299,999.

Afri Schoedon, pengurus pelancaran untuk Parity, menjelaskan bahawa alasan untuk terhentinya naiktaraf itu adalah kekurangan pelombong di rangkaian Ropsten untuk menolak blok baru yang dinaik taraf. Dengan kata lain, walaupun Constantinople dilancarkan di Ropsten, pelombong gagal menaik taraf perisian mereka untuk membolehkan naik taraf berlaku.

Schoedon menulis, “Hakikat bahawa semua client‘terperangkap’ bermaksud tidak ada blok Constantinople yang sah lagi,” sambil menambah rayuan untuk pemaju Ethereum untuk membaik pulih Ropsten “nod,” atau serverkomputer yang dapat melombong blok Constantinople. Pada masa penulisan, testnet Ropsten masih terhenti, dengan pemaju teras aktif bekerja untuk menubuhkan peranti pelombong mereka sendiri untuk menjalankan Constantinople dan memajukan blockchain Ropsten ke hadapan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/ethereums-constantinople-upgrade-stalls-on-testnet/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads