Default – Above Header Ads

Nasdaq Bangunkan Peralatan Untuk Meramal Pergerakan Harga Kripto?

 

Menurut orang yang rapat dengan rancangan syarikat itu, Nasdaq, bursa saham A.S. sedang bersedia untuk menambah alatan untuk meramalkan pergerakan harga aset kripto ke dalam Analytics Hub. Analytics Hub tersebut yang dilancarkan pada tahun lepas, memanfaatkan keupayaan machine learningdan natural language processing(NLP) untuk menganalisa data melalui media sosial dan sumber data alternatif lain untuk memberi pelabur cara yang lebih baik untuk menilai pergerakan pasaran.

Hingga kini, Analytics Hub telah memberi tumpuan kepada aset tradisional, tetapi penambahan kripto nampaknya menjadi isyarat lain mengenai minat Wall Street terhadap sector mata wang kripto yang baru muncul ini. Bill Dague, ketua data alternatif Nasdaq, memberitahu bahawa “memandangkan kami memperolehi banyak permintaan dan minat dari pelanggan, kami meneroka data yang berkaitan mata wang kripto.”

Sumber berita tersebut yang bekerja dengan Nasdaq dalam usaha ini, mengatakan bahawa fungsi kripto baru sedang diuji, kini berada di tahap beta sebelum pelancaran disasarkan untuk bulan November. Sumber memberitahu bahawa perkhidmatan itu akan menganalisa data dan sentimen kepada kira-kira 500 aset kripto, dan ia mengambil pendekatan tiga arah untuk analisanya, melihat aliran dana melalui dompet, data dari bursa pertukaran kripto dan juga dari media sosial.

Sumber:

https://www.coindesk.com/crypto-and-stock-trading-startup-robinhood-is-eyeing-an-ipo/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.