Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

National Stock Exchange Menjadi Pertama di Dunia untuk Menyenarai Sekuriti yang Ditokenisasi

Bursa saham Seychelles baru sahaja menyenaraikan sekurIti yang telah ditokenisasi untuk perdagangan, menjadi yang pertama dalam dunia untuk mengambil langkah itu.

Bursa itu, MERJ, diberi lesen oleh Financial Services Authority negara itu sebagai bursa sekuriti, agensi penyelesaian dan depositori sekuriti (CSD) dan akan melancarkan token itu untuk melambangkan ekuitinya sendiri.

Diumumkan secara eksklusif kepada CoinDesk, MERJ berkata ia akan mengikuti penyenaraian itu dengan menawarkan 16 peratus daripada saham yang ditokenisasi dalam penawaran awam kemudian di tahun 2019. Bursa itu juga dalam perbincangan dengan “beberapa syarikat” berkenaan penyenaraian token sekuriti mereka di platform itu.

Edmond Tuohy, CEO MERJ, berkata:

“MERJ telah mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap ekosistem end-to-end untuk menyediakan token sekuriti pertama dunia yang disenaraikan dalam bursa awam. Kami telah menggabungkan yang terbaik dalam dunia lama dan dunia baru untuk menyediakan bahagian utama infrastruktur untuk perkembangan aset digital.”

MERJ memberitahu CoinDesk ia menggunakan Blockchain Ethereum untuk merekod pendaftaran pemilikan saham, mengatakan bahawa buat masa kini, “ia adalah protokol paling banyak sokongan untuk tujuan ini.”

Kini dilihat di halaman penyenaraian MERJ, token sekuriti menggunakan simbol “MERJ-S” dan didagangkan pada harga $2.42, dengan kapital pasaran sebanyak £21,015,781.

MERJ juga mempunyai perancangan untuk memotong kos untuk pelabur dan pengeluar dengan menggunakan teknologi Blockchain untuk menyelaraskan beberapa proses pasaran sekuriti, termasuk pengeluaran, pendaftaran pemegang saham, pematuhan, pengedaran dan pengundian.

“Teknologi itu membentuk point akses kepada pasaran kapital, yang sesuai dengan ekosistem ‘pertama mobile’ dalam kebanyakan pasaran,”menurut bursa pertukaran itu.

Ditubuhkan pada tahun 2013, MERJ berkata dengan lesen sebagai bursa pertukaran, penyelesaian dan CSD, dan ia di kedudukan yang strategik untuk “membekalkan kelebihan tokenisasi.”

“Sama ada mereka mengeluarkan saham tokenisasi ataupun tradisional, syarikat tidak akan ingin terlibat dalam bidang kuasa yang tidak memenuhi standard antarabangsa yang tinggi kerana ia akan menarik pemantauan lebih besar dari penguatkuasa global,” Tuohy berkata. “Kami telah meluangkan masa selama tiga tahun bekerja dengan penguatkuasa kami untuk membina rangka kerja yang patuh peraturan untuk pengeluar yang ingin mengambil kesempatan terhadap kelebihan teknologi lejar teragih dalam suasana penyenaraian bursa.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/national-stock-exchange-becomes-worlds-first-to-list-a-tokenized-security

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.