Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Negeri di Australia Laksanakan Projek Perintis Lesen Memandu Di Blockchain

 

Kerajaan New South Wales (NSW) Australia kini beralih ke blockchain dalam usaha projek perintis di seluruh negara mengenai program pendigitalan lesen memandu yang dijadualkan pada bulan November.

Kerajaan NSW berkata ia akan menjalankan projek perintis ini bagi 140,000 pemegang lesen di negeri ini sebelum pelancaran rasmi pada 2019. Secure Logic, firma IT Australia dan rakan teknologi dalam projek itu, pada hari Isnin berkata platform blockchainnya akan menyokong inisiatif untuk mendapatkan data dalam cara yang terdesentralisasi. Dinamakan TrustGrid, jaringan blockchain telah diuji dalam projek perintis awal skim ini yang dijalankan di bandar Dubbo pada tahun lepas.

Matlamat program baru ini adalah menggunakan rangkaian terdesentralisasi untuk mengesahkan dan menyimpan data lesen pemandu, supaya pengguna dapat menunjukkan lessen digital mereka melalui aplikasi mudah alih. Dengan cara ini, mereka tidak lagi perlu membawa lesen fizikal untuk membuktikan umur dan identiti mereka ketika diperiksa oleh polis atau memasuki pub dan kelab.

Sumber:

https://www.nsw.gov.au/news-and-events/news/sydney-motorists-to-trial-digital-licences/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.