Default – Above Header Ads

Negeri Di India Merangkul Teknologi Blockchain Untuk Mengurangkan Penipuan Dalam Agensi Kerajaan

 

Negeri Telangana di India kelihatan sebagai pelopor teknologi blockchain di India. Pada 26 Julai 2018, pegawai negeri menandatangani MoU dengan pelbagai syarikat permulaan dan perunding untuk menambah penggunaan teknologi yang berkembang dalam perkhidmatan pentadbiran.

Ketua I.T. dan Industri Telangana, Jayesh Ranjan menyatakan penerapan teknologi blockchain dalam “enam atau tujuh” applikasi agensi kerajaan. Terdahulu, kerajaan telah melancarkan projek perintis platform pendaftaran pencen dan geran tanah berasaskan blockchain untuk membawa ketelusan dan mengurangkan penipuan di dua perniagaan yang didominasi orang tengah. Rajan mendedahkan berpindah ke platform berasaskan blockchain membantu meningkatkan ketelusan sektor kerajaan dengan membantu rakyat mengesan maklumat sensitif dan melihat kemajuan permohonan penting. Bagaimanapun, Rajan tidak menyebutkan mana-mana bidang pelaksanaannya.

Sementara itu, pengasas Nukleus Vision, Abhishek Pitti menganjurkan Persidangan Blockchain Antarabangsa di Hyderabad pada 3 Ogos 2018. Seperti yang dinyatakan di laman web, acara ini memaparkan kerajaan negeri Telangana dan Goa, serta NITI Ayog, badan autoritatif negara mengenai perancangan strategik di kawasan luar bandar dan bandar.

Sumber:

https://www.business-standard.com/article/pti-stories/telangana-to-sign-mous-for-blockchain-technology-118072600568_1.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads