Default – Above Header Ads

Negeri di Rusia Menguji Aplikasi Berdasarkan Blockchain untuk Pentadbiran Awam

Nizhny Novgorod, sebuah negeri di Rusia, sedang menguji penggunaan aplikasi berdasarkan blockchain “City N” untuk tugasan pentadbiran awam, menurut laporan oleh ForkLog pada 28 Mei.

Penduduk negeri itu dilaporkan akan boleh memfailkan cukai mereka di platform Vostok berdasarkan blockchain menggunakan aplikasi City N. Perkhidmatan lain aplikasi itu termasuk kebolehan untuk mengesahkan identiti penduduk Nizhny Novgorod, dan juga menjejak perbelanjaan penduduk yang membayar kepada bajet negeri melalui portal atas talian perkhidmatan awam itu, Gosuslugi.

Gabenor Wilayah Nizhny Novgorod, Gleb Nikitin, memberi komen tentang ketelusan melalui teknologi blockchain, dan juga harapan kerajaan untuk penglibatan sivik melalui aplikasi baru itu:

“Terima kasih kepada teknologi baru, penduduk boleh terlibat secara lebih aktif dalam menguruskan bandar mereka melalui bajet proaktif. Teknologi blockchain akan membolehkan kami memastikan ketelusan dan kejujuran maksima dalam hubungan antara individu dan negeri.”

Dana dilaporkan akan diagihkan dalam bajet Persekutuan 2020 untuk melancarkan pilot platform itu di wilayah lain. The National Center for Informatization of Rostec State Corporation dilaporkan akan memantau implementasi platform itu dalam seluruh negara.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, konglomerat yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu, Rostec, telah menderaf usul untuk strategi blockchain lima tahun yang dilaporkan akan menjana 1.6 trilion rubles ($25.4 bilion).

Menurut laporan ForkLog, Rostec dan Vostok telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk implementasi teknologi blockchain ke dalam infrastruktur digital Russian Federation.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-state-tests-blockchain-based-application-for-public-administration

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads