Default – Above Header Ads

NEM Foundation Hampir Bankrap

Pada 31 Januari, beberapa laman media melaporkan keadaan organisasi NEM yang tidak begitu baik menyebabkan organisasi non-profit tersebut terpaksa membuang 150 pekerjanya kerana kekurangan bajet dan penstrukturan semula organisasi.

Menurut CoinDesk, presiden NEM Foundation yang baru sahaja diundi, mengatakan bahawa organisasi itu merancang untuk memohon dana daripada dana komuniti NEM untuk 160 juta token yang bernilai dalam $7.5 juta, dan wang itu akan digunakan untuk menyelamatkan syarikat itu daripada bankrap.

Menjawab kenyataan media, NEM telah menerbitkan kenyataan rasmi mereka di laman forum NEM. Dalam kenyataan itu, NEM telah menerangkan tentang latar belakangnya di mana ia adalah “cubaan pertama di dunia untuk menjalankan organisasi promosi desentralisasi di rantau seluruh dunia.” Dan dalam tahun 2018, organisasi itu telah melaksanakan kepimpinan berbentuk desentralisasi yang membolehkan setiap rantau membuat keputusan sendiri untuk bagaimana mereka beroperasi, selagi mereka berterusan mempromosi NEM.

Kenyataan rasmi dari NEM mengatakan bahawa struktur yang diimplementasi NEM gagal kerana matlamat setiap unit yang tidak selari dan juga metriks kejayaan yang tidak konsisten dalam keseluruhan organisasi. Pada masa yang sama, kejatuhan nilai NEM di pasaran juga telah menjejaskan kewangan organisasi itu.

NEM menekankan bahawa dengan majlis baru yang telah dilantik sedang berusaha untuk menambah baik struktur sedia ada NEM dan memulihkan kembali situasi organisasi tersebut. Dalam kenyataan itu, NEM berkata mereka telahpun “membina kembali keseluruhan struktur operasi dan misi NEM Foundation.” Dan langkah yang diambil oleh NEM adalah dengan mengubah organisasi itu daripada “organisasi berorientasikan promosi kepada organisasi yang berorientasikan produk.”

NEM mengumumkan perancangannya untuk bajet dengan kadar penggunaan kapital awal sebanyak 60% daripada kadar sebelumnya. NEM menekankan bahawa bajet kini yang hanya tinggal untuk sebulan sahaja tidak mencukupi untuk meliputi pekerja, kerjasama dan juga produk menyebabkan ia terpaksa memberhentikan pekerjanya.

Namun begitu, kenyataan rasmi NEM menunjukkan bahawa mereka merasa optimis dengan penstrukturan semula organisasi itu dan kebolehan mereka untuk terus menawarkan teknologi NEM kepada rakan kongsi mereka dan juga pengguna.

Menurut kenyataan itu, tiga perkara yang boleh dijangka oleh komuniti NEM adalah:

“1. Melihat lebih banyak entiti menggunakan Catapult.

2. Melihat lebih banyak transaksi public dan private apabila Catapult dilancarkan

3. Melihat kepimpinan yang lebih kuat, pentadbiran yang mampan dan lebih banyak perkhidmatan untuk komuniti, rakan kongsi dan dunia sementara mengharapkan masa depan yang lebih cerah.”

Pada bulan Mac 2018, NEM Foundation telah mengumumkan pelancaran beta produk terbaru mereka, Catapult, iaitu platform blockchain yang menjalankan rangkaian public dan private menggunakan plugin smart contract unik. Plugin itu membolehkan penciptaan aset digital, pertukaran secara desentralisasi, sistem perakaunan yang canggih, dan permodelan logik bisnes.

Sumber:

https://forum.nem.io/t/nem-foundation-message-to-the-community/21753

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.