Netflix akan Menyiarkan Dokumentari Altcoin
Beberapa hari kebelakangan ini pasaran matawang kripto dilihat sedang melalui proses pembetulan. Kebanyakan matawang kripto kerugian nilai dari 15-20% kerana ketiadaan tekanan pembelian menaik. Khususnya, pasaran altcoin gagal untuk memberi sokongan dari segi keuntungan kepada larian bull Bitcoin.
Tanpa tekanan pembelian menaik Bitcoin, sentimen pasaran nampaknya menurun sebaik sahaja ia menaik. Namun begitu, ramai yang berpendapat ianya adalah pembetulan yang sihat untuk pasaran sebelum ia naik semula walaupun terdapat kebimbangan.
Dalam minggu-minggu akan datang, jika altcoin tidak mampu membekalkan sokongan yang mencukupi, kita boleh melihat penurunan signifikan dalam keseluruhan pasaran kripto. Ironinya, memandangkan dominasi Bitcoin lebih tinggi daripada biasa, kita boleh melihat harga terendah baru jika larian bull baru-baru ini adalah bull trap. Mungkin tidak, tetapi jika ya, ia adalah peluang baru untuk mereka yang tidak sempat mengumpul matawang kripto semasa harga masih rendah.
Satu perkembangan baru yang berpotensi menaikkan altcoin semula adalah dokumentari tentang matawang kripto yang bakal disiarkan. Netflix akan menyiarkan rancangan yang akan membincangkan bukannya raja pasaran kripto, Bitcoin, tetapi juga altcoin lain.
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tetapi kebanyakkan orang tidak begitu mengetahui tentang matawang kripto. Secara amnya, rata-rata orang akan mengenali nama Bitcoin dan mengaitkannya dengan cepat kepada penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, dan scam. Orang awam perlu diberi kesedaran tentang subjek ini, supaya mereka tidak diambil keempatan.
Dalam dokumentari itu terdapat ramai pembangun, pengasas dan selebriti industri yang akan terlibat. Setiap individu akan ditemubual dan akan dapat berkongsi pendapat mereka tentang pasaran dan juga memberikan perspekstif yang berbeza. Antara individu yang dijemput termasuk:
- Vitalik Buterin (Ethereum Founder)
- Jihan Wu (Bitmain Founder)
- Justin Sun (Tron Founder)
- Yi He (Binance Founder)
- Charles Hoskinson (Cardano Founder)
- Sunny Lu (VeChain Founder)
- Jun Hasegawa (OmiseGo Founder)
- Da Hongfei (Neo Founder)
- Roger Ver (Bitcoin Cash Founder)”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!