“No-Deal Brexit” akan Meletakkan Bitcoin di Ekonomi Global, menurut Penganalisa
Beberapa penganalisa percaya bahawa “no-deal Brexit” yang menjelang tiba akan menolak harga Bitcoin kepada lebih tinggi sehingga memecah rekod pada tahun 2019.
Nicholas Gregory, CEO firma Blockchain CommerceBlock, juga menjangka ia akan secara asasnya menentukan kedudukan Bitcoin dalam ekonomi global, seperti yang dilaporkan oleh the Independent pada 9 Ogos.
Kemungkinan untuk “no-deal Brexit” telah pun menyebabkan kejatuhan nilai pound sterling. Tambahan lagi, sejak pelantikan Brexiteer yang disahkan, Boris Johnson, sebagai Perdana Menteri AS. Johnson telah berikrar bahawa United Kingdom akan “do or die” meninggalkan European Union pada 31 Oktober 2019.
Menurut Gregory:
“Bukan sahaja pemergian no-deal dari EU akan menimbulkan huru-hara dan ketidak stabilan dalam dua matawang fiat utama, ia juga akan mencetus satu krisis identiti untuk sitem global memandangkan kontingensi dan kerentanan matawang fiat global didedahkan.”
Ini, ramai berkata, akan mencetus pemindahan kapital ke dalam Bitcoin sebagai aset selamat, menyebabkan harganya meningkat secara dramatik.
Kebimbangan daripada Confederation of British Industry bahawa “no-deal Brexit” akan menjadi pencetus kekecohan ekonomi,” membuatkan Gregory percaya kedudukan Bitcoin dalam ekonomi global boleh berubah.
“Menjelang 2020, kami menjangka dunia yang lebih populis dan tidak stabil dari segi politik akan memahat status safe haven Bitcoin dan matawang kripto lain secara am,” katanya. “Dan jika bank pusat kembali kepada pencetakan wang semula, kes untuk matawang kripto seperti Bitcoin yang mempunyai bekalan terhad akan dikuatkan.”
Nigel Green, CEO firma penasihat kewangan deVere sebelum ini mendakwa bahawa peraturan mesra kripto boleh menjadi nyawa tambahan untuk post-Brexit UK.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/no-deal-brexit-will-reposition-bitcoin-in-the-global-economy-analyst