Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Northern Trust Kini Memasuki Arena Kripto

 

Northern Trust, firma kewangan berpangkalan di Chicago yang berumur 129 tahun dan mempunyai asset jagaan bernilai $10.7 trillion, dengan harapan untuk memenuhi keperluan pelabur institusi, syarikat, dan individu bernilai tinggi, telah membuka beberapa perkhidmatannya untuk dana lindung nilai mata wang kripto.  Ia juga sedang meneroka bagaimana mengintegrasikan teknologi blockchain ke bahagian ekuiti persendiriannya.

Menurut penerbitan itu, Northern Trust telah selama berbulan-bulan juga telah bekerja dengan tiga “dana lindung nilai utama” yang telah mula senyap menambahkan pelaburan mata wang kripto kepada portfolio mereka kerana mereka berusaha untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran kripto yang baru berkembang.

Pada masa ini, Northern Trust tidak mengendalikan asset kripto secara langsung, tetapi firma itu menyediakan dana lindung nilai dan institusi dengan perkhidmatan pentadbiran seperti membantu mereka memberikan nilai kepada pelaburan mereka, membantu pematuhan anti-pengubahan wang haram (AML), dan mengesahkan penjaga pihak ketiga syarikat memegang aset kripto pada laporan penyata imbangan mereka.

Sumber:

https://www.forbes.com/sites/michaeldelcastillo/2018/07/31/northern-trust-opens-doors-to-cryptocurrency-hedge-funds-as-part-of-pervasive-blockchain-expansion/#1cc83a048bce

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads