Nuls dan Aleph Menguji Perkhidmatan Staking Baru, Memperkenalkan Model Ganjaran Baru
Platform blockchain untuk syarikat, Nuls dan rangkaian cross-blockchain layer-2, Aleph telah bekerjasama dalam menyepmurnakan ujian perkhidmatan staking baru yang dipanggil staking coin output (SCO), yang mengaplikasikan model ganjaran yang baru.
Menurut sidang media yang diterbitkan pada 13 Ogos, perkhidmatan baru itu membolehkan ahli komuniti untuk stake token untuk menerima token dari projek lain yang dibina di platform Nuls. Mereka yang memiliki token NULS boleh memilih bagaimana mereka ingin menerima ganjaran yang didapati dari penyertaan dalam konsensus sebagai nod pengesahan. Sidang media itu menjelaskan:
“Setiap staker NULS perlu memegang 2,000 NULS kerana nod staking mengesahkan blok, sementara nod konsensus NULS membina blok-blok itu. Apabila staker mendelegasi nod mereka kepada nod konsensus untuk projek SCO, seperti Aleph, mereka boleh mendapatkan token alternatif (Aleph) dan bukannya token NULS sebagai ganjaran konsensus mereka.”
Semasa ujian itu, Aleph telah mendapatkan lebih 2.1 juta token NULS yang telah di stake, pada penilaian sebanyak $1.25 juta.
Dalam penarafan terbaru yang dikeluarkan pada penghujung Julai, CCID Research Institute China – satu inisiatif oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China yang membekalkan penilaian bulanan tentang projek matawang kripto – meletakkan Nuls di tempat keempat. Penilaian itu mempertimbangkan harta kripto seperti teknologi asas, penggunaan dan inovasi, yang idgabungkan untuk membentuk indeks nilai.
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph dalam satu analisis awal bulan ini, INDX, the Tokenized Masternode Investment Fund, mengira 10 blockchain PoS teratas berdasarkan pulangan token mereka. Syarikat itu melakukan begitu dengan mengira volatility, jumlah, kecairan, risiko dan intergriti.
Menurut INDX, 10 projek teratas adalah Pundi-X, IOStoken, Cosmos, Waves, Qtum, VeChain, Tron, NEM, Neo dan EOS. Token itu telah disusun mengiktu pulangan yang dijangka oleh algoritma proprietari INDX.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/nuls-and-aleph-test-new-staking-service-introduce-new-reward-model
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!