Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Nvidia Menghadapi Tuntutan Kerugian Selepas Pengurangan Permintaan Terhadap GPU Untuk Perlombongan Kripto

Nvidia, pengeluar unit pemprosesan grafik (GPU) sedang menghadapi tuntutan tindakan kelas atas kerugian yang dilaporkan oleh syarikat apabila harga kripto yang lebih rendah mengurangkan permintaan GPU untuk perlombongan kripto. Firma undang-undang Schall mengumumkan tuntutan mahkamah tersebut pada 24 Disember. Aduan tersebut menyatakan bahawa syarikat membuat kenyataan palsu dan mengelirukan pasaran khususnya kenyataan “Nvidia mempunyai keupayaan untuk memantau pasaran mata wang kripto dan membuat perubahan pantas perniagaannya jika perlu.”

Shall juga menyatakan bahawa pengeluar GPU itu juga mendakwa: “Apa-apa kejatuhan dalam permintaan untuk GPUnya di kalangan perlombongan mata wang kripto tidak akan memberi kesan negatif terhadap perniagaan syarikat kerana permintaan kuat GPU dari pasaran permainan video.”

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, selepas penurunan permintaan perlombongan mata wang kripto, Nvidia adalah syarikat yang paling teruk prestasinya dalam S & P 500. Selepas penjualan sahamnya secara besar-besaran, harga saham syarikat tersebut jatuh sebanyak 54 peratus. Pada pertengahan November, analisis oleh Susquehanna – firma perdagangan dan teknologi global yang berpangkalan diAmerika Syarikat – menyatakan bahawa perlombongan Ethereum (ETH) menggunakan GPU tidak lagi menguntungkan.

Sumber:

https://schallfirm.com/cases/nvidia-corporation/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.