Default – Above Header Ads

Ocasio-Cortez Mengkritik Wang yang dikawal Korporat dalam Pembicaraan Libra

Ahli Kongres New York Alexandria Ocasio-Cortez bercakap tentang kawalan matawang kripto Facebook, Libra dalam pembicaraan United States House Committee on Financial Services pada 18 Julai 2019.

Seperti dalam rakaman peristiwa itu, yang dibekalkan oleh C-Span pada 17 Julai, Ocasio-Cortez menujukan pertanyaannya kepada CEO wallet Calibra, David Marcus: “Facebook ingin menubuhkan matawang dan bertindak melalui wallet sebagai – sekurang-kurangnya – pemproses pembayaran. Mengapa aktiviti-aktiviti ini perlu digabungkan di bawah satu syarikat?”

Berkenaan dengan keahlian Libra Association, Ocasio-Cortez bertanya, “Adakah mereka dicalonkan secara demokratik?” Selepas Marcus menjawab ianya tidak, tetapi ditadbir oleh piawaian keahlian, Ocasio-Cortez menyimpulkan Libra sebagai “matawang yang dikawal oleh gabungan syarikat besar yang dipilih secara tidak demokratik.”

Dari isu tentang kawalan korporat, wakil Kongres itu beralih kepada isu tentang polisi kewangan, berkata:

“Anda menyatakan kelmarin di hadapan Jawatankuasa Senat bahawa anda terbuka untuk menerima 100% gaji anda dalam Libra. Dalam sejarah negara ini, terdapat satu istilah untuk pembayaran dalam matawang yang dikawal korporat…Ianya dipanggil ‘scrip’. Ideanya adalah gaji anda boleh dikawal oleh syarikat dan bukannya kerajaan. Adakah anda rasa terdapat risiko di sini? Kita telah lihat dari scrip, kepada isu dengan bagaimana Facebook menangani pilihan raya kita, kita melihat destabilisasi barangan awam kita.”

Scrip syarikat telah diharamkan sebagai bentuk pembayaran dalam Amerika Syarikat hampir satu abad, kerana di bawah Fair Labor Standard Act of 1938, ia tidak dianggap sebagai “medium yang betul untuk pembayaran”.

Ocasio-Cortez juga mempersoalkan pandangan Marcus sama ada Libra, dan juga matawang secara amnya, sepatutnya menjadi barangan awam. Marcus berkata “matawang sovereign patut kekal sovereign,” dan berkata ia bukan tempat dia untuk mengenal pasti sama ada Libra patut menjadi barangan awam.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ocasio-cortez-criticizes-corporate-controlled-money-in-houses-libra-hearing

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.