Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ohio Menjadi Negeri AS Pertama Membenarkan Cukai Dibayar Menggunakan Bitcoin

 

Bermula minggu ini, syarikat-syarikat di Ohio akan dapat membayar pelbagai cukai, dari cukai jualan tembakau sehinggalah ke cukai utiliti awam menggunakan mata wang kripto. Proses pemfailan melibatkan tiga langkah: Pertama, perniagaan perlu mendaftar dengan Pejabat Bendahari Ohio melalui portal khusus bernama OhioCrypto.com. Mereka kemudian perlu memasukkan butiran cukai seperti jumlah bayaran dan tempoh cukai, dan, akhirnya, jumlah yang sewajarnya dibayar menggunakan Bitcoin dengan dompet digital kripto.

Dompet yang dapat digunakan termasuklah Bitcoin Core Client, Mycelium dan breadwallet, dan lain-lain yang serasi dengan Bitcoin Payment Protocol. Semua pembayaran cukai akan diproses oleh pemproses bayaran Bitcoin, Bitpay yang berpangkalan di Atlanta, yang akan menukar Bitcoin kepada dolar untuk pejabat Bendahari.

Walaupun, pada masa ini, kemudahan ini hanya tersedia untuk perniagaan, dilaporkan akan tersedia untuk individu pada masa depan.

Sumber:

https://www.wsj.com/articles/pay-taxes-with-bitcoin-ohio-says-sure-1543161720

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.