Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Oman Menyaksikan Urus Niaga Perdagangan Pertama Menggunakan Blockchain

Oman Oil, Orpic Group dan HSBC Bank Oman SAOG telah menjalankan transaksi pembiayaan perdagangan pertama di blockchain di negara ini menggunakan platform Corda R3. Menurut berita pada 23 November, Oman Oil dan Orpic Group – salah satu perniagaan minyak dan gas terbesar di Oman – dan HSBC Bank melaksanakan urus niaga pembiayaan perdagangan berasaskan blockchain pertama negara: jualan ‘polypropylene’ ke Kilang Karpet Negara Abu Dhabi. Transaksi itu dilakukan menggunakan Corda R3, sebuah platform blockchain sumber terbuka.

Dalam urusniaga tersebut, HSBC Oman memberikan surat kredit digital yang telah didigitkan sepenuhnya di blockchain tersebut, manakala Oman Oil dan Orpic Group adalah penerima surat kredit. Pemakaian teknologi blockchain membenarkan pihak-pihak untuk menyelesaikan transaksi dalam tempoh 24 jam dan bukan 5 hingga 10 hari kalau melalui proses biasa.

Nizar al Lawati, ketua pegawai kewangan di Oman Oil dan Orpic Group, berkata syarikat itu bangga menjadi salah satu perniagaan pertama di negara ini untuk mempromosi pendigitalan pembiayaan perdagangan menerusi blockchain. Sadiq al Lawati, rakan kongsi nilai kewangan dan strategi komersil di Oman Oil and Orpic Group, berkata: “Projek perintis blockchain ini merupakan stesen penting dalam perjalanan kami ke arah pendigitalan, perjalanan yang bermula dengan ‘Artificial Intelligence’ (RPA ++) dan terus menggunakan teknologi baru.”

Rujukan:

https://www.omanobserver.om/oman-oil-orpic-group-hsbc-execute-first-blockchain-trade-transaction-in-oman/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.