Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Opera Bakal Lancarkan Dompet Kripto Untuk Browsernya

 

Opera lancarkan desktop browserdengan fungsi dompet kripto. Firma itu telah menawarkan dompet kripto mudah alih sebahagian daripada pembangunan Opera untuk Android, yang dilancarkan Julai lalu. Opera mendapat “minat yang kuat” dan “tindak balas yang sangat positif daripada komuniti kripto” maka dompet kripto mudah alih adalah dorongan untuk langkah seterusnya.

Desktopbrowserterbaru ini akan berfungsi dengan membolehkan pengguna menyambungkan penyemak imbas desktopmereka ke dompet kripto yang sedia ada dengan mengimbas kod QR. Menggunakan sistem desktopyang bersambung dengan dompet kripto bermakna dompet membolehkan pengguna menandatangani urus niaga menggunakan cap jari mereka, tanpa perlu memasukkan kata laluan, yang pastinya lebih efisien dan terjamin . Dompet kripto Android yang sedia ada adalah ‘dikendalikan oleh pengguna’, yang bermaksud bahawa kunci disimpan di telefon pengguna dan bukannya pada serverberpusat.

Seperti aplikasi mudah alih, clientdesktopakan menyokong token serta aset digital, dengan peneraju produk Opera Crypto, Charles Hamel yang menyatakan bahawa integrasi browsermerupakan langkah seterusnya dalam “membuat mata wang kripto dan Web 3.0. menjadi arus perdana.”

Sumber:

https://www.businesswire.com/news/home/20180806005156/en/Bitmain-Chooses-Rockdale-Texas-Newest-Blockchain-Data

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.