Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Organisasi Non-profit Melancarkan Platform Blockchain untuk Sejarah Kredit Sierra Leone

Organisasi non-profit yang beroperasi di San Francisco, Kiva, sebuah syarikat yang mengumpul dana dari orang ramai untuk inklusi kewangan telah melancarkan platform blockchain untuk sejarah kredit dengan kerajaan Sierra Leone.

Menurut laporan Reuters pada 21 Ogos, Kiva dan Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio bersama-sama melancarkan inisiatif blockchain itu di ibu negeri Sierra Leone.

Platform itu akan menggunakan data biometrik oleh kerajaan, seperti cap jari, untuk akses sejarah kredit rakyat negara itu. Ini akan memberi kemudahan kepada peminjam untuk mendapatkan sejarah kredit mereka.

Individu yang ingin meminjam wang perlu mempunyai wallet digital untuk pinjaman dan transaksi mereka akan direkod di blockchain. Wallet digital akan disediakan melalui aplikasi dan rakan kongsinya akan menyediakan mobile wifi hotspot untuk memastikan pengguna mempunyai akses kepada internet.

Menurut kepada Kementerian Maklumat di Sierra Leone, lebih 85% daripada populasi negara itu tidak mempunyai akses kepada internet. Tambahan lagi, bank pusat negara itu mengatakan bahawa lebih 75% populasi negara itu tidak mempunyai bank. Orang tempatan bergantung kepada institusi tidak rasmi seperti bank komuniti, tetapi organisasi ini sama ada tidak akan berkongsi maklumat kredit atau hanya akan berbuat begitu untuk yuran yang sangat tinggi.

Presiden Bio menyatakan bahawa kerajaan itu mensasarkan untuk mendapatkan semua bank dan institusi kewangan mikro dalam negara itu memasang sistem blockchain menjelang hujung tahun ini. David Sengeh, ketua Directorate of Science Sierra Leone, memberi komen:

“Ketiadaan pengenalpastian, atau ketiadaan kebolehan untuk mengesahkan identiti untuk tujuan kredit, menambah kos perniagaan untuk semua orang.”

Bio pertama kali mengumumkan bahawa kerajaan telah bekerjasama dengan Kiva ke atas rangkaian itu di sesi ke-73 United Nations General Assembly tahun yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nonprofit-launches-blockchain-platform-for-credit-history-in-sierra-leone

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.