Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Overstock Syarikat Pertama Bayar Cukai dalam Bitcoin

 

Menjelang musim cukai di Amerika Syarikat, Overstock telah mengumumkan di sidang akhbar pada 3 Januari bahawa ia akan menjadi syarikat AS pertama yang akan membayar cukainya, Commercial Activities Tax (CAT) kepada Ohio dalam Bitcoin.

Menurut sidang akhbar itu, bayaran itu akan dibuat melalui “platform pembayar cukai matawang kripto baru negeri itu, OhioCrypto.com,”berikutan pengumuman yang dibuat oleh Ohio tahun lepas mengatakan ia akan mula menerima pembayaran cukai dalam Bitcoin.

Pengasas dan CEO Overstock, Patrick M. Byrne mengambil kedudukan positif seiring dengan kerajaan dalam membawa era teknologi pintar seperti Blockchain bersama-sama dengan kepercayaan kepada kerajaan. Menurutnya, “Kami sudah lama memikirkan bahawa penerimaan kerajaan terhadap teknologi baru seperti matawang kripto (yang membawa kepada undang-undang yang tidak menyekat teknologi ini) adalah cara terbaik untuk memastikan Amerika Syarikat tidak hilang kedudukan ia sebagai ketua dalam ekonomi global yang semakin membangun.”

Bendahari Ohio, Josh Mandel memuji usaha syarikat itu yang berjaya menyesuaikan diri dengan cepat dalam pasaran baru yang dicipta matawang kripto, mengatakan bahawa “penggunaan mereka tentang teknologi Blockchain lebih awal daipada masa.”

Negeri Ohio adalah yang pertama dalam Amerika Syarikat untuk mempertimbangkan Bitcoin untuk pembayaran cukai. Platform OhioCrypto tersebut telah dilancarkan pada bulan November 2018. Pejabat Bendahari Ohio akan menerima Bitcoin yang mempunyai nilai bersamaan US Dolar melalui gateway kripto BitPay.

OhioCrypto menawarkan peluang kepada bisnes untuk membayar cukai mereka dalam kripto dengan kos transaksi yang lebih murah berbanding jika menggunakan kad kredit dengan Caj sebanyak 2.5 peratus.

Sejarah syarikat Overstock penuh dengan usaha terhadap Blockchain dan matawang kripto, dengan kerjasama dan saham yang didagangkan melalui Blockchain sejak tahun 2014. Pada waktu itu ia hanya Bitcoin, beberapa alternapa alternatif termasuk Ethereum. Ia mula menerima Bitcoin sebagai pilihan pembayaran bersama-sama Matsercard dan Paypal.

Walaupun syarikat Overstock dijadualkan untuk dijual pada bulan hadapan, subsidiari bisnes berdasrakan Blockchain, Medici Ventures akan kekal aktif. Tambahan lagi, platform perdagangan sekuritinya tZERO dianggap sebagai projek kripto yang bercita-cita tinggi tahun lepas selepas firma ekuiti persendirian China, GSR Capital menunjukkan minat terhadap projek itu.

Ohio termasuk dalam senarai mesra-kripto dengan hub Blockchain dan pengumpulan sumber untuk membiayai startup. Kini dengan platform OhioCrypto, negeri itu berdiri seiting dengan penguatkuasa lain yang menerokai implementasi Bitcoin.

Sumber: 

https://bitcoinnews.com/overstock-first-to-pay-tax-in-ohio-using-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads