Default – Above Header Ads

Pakar Ekonomi Kripto di Sebalik Eksperimen Bitcoin MIT dilaporkan Bekerja Atas Coin Baru Facebook

Pengasas MIT Cryptoeconomics Lab dilaporkan bekerja dengan Facebook untuk membangunkan matawang kripto. Kripto baru itu mempunyai potensi untuk meliputi pengguna bulanan Facebook yang aktif serama 2.5+ bilion.

Christian Catalini melancarkan makmal kripto MIT pada bulan September 2017. CoinDesk melaporkan bahawa dia mengambil cuti dari MIT, dan kini bekerja atas projek baru Facebook untuk membantu pengguna memindahkan nilai di atas internet.

Menurut laman webnya,

“Dia telah menyampaikan penyelidikannya di beberapa institusi termasuk Harvard University, MIT, Yale University, London Business School, New York University, UC Berkeley, Stanford University, Federal Reserve Bank, US Treasury, SEC, CFTC, World Bank dan White House OSTP.”

Seorang profesor di Sloan School of Management di MIT untuk lebih enam tahun, Catalini mengetuai Eksperimen Bitcoin MIT yang bermula pada tahun 2014. Pada waktu itu, mana-mana pelajar tahun pertama yang ingin tahu tentang kripto di MIT yang mendaftar sebagai peserta diberi satu Bitcoin – percuma.

Pada waktu itu, Bitcoin bernilai $100. Eksperimen itu, dilancarkan oleh pelajar Dan Elitzer dan Jeremy Rubin, membolehkan mereka berkerja sama dengan Catalini dan sekumpulan penyelidik untuk mengkaji network effects pelajar yang mahir dalam teknologi.

Menurut penyelidik,

“Daripada 4,494 pelajar baru MIT yang ditawarkan Bitcoin, dalam 3,100 yang menyertai eksperimen penyeldiik itu. Semua pelajar itu diberi masa lima hari untuk mendaftar dalam senarai penantian, menjawab survey dan mencipta wallet digital.”

Menjelang 2017, lebih daripada 50% yang menyimpan Bitcoin mereka.

Sebagai rangkaian sosial internet terbesar di dunia, Facebook mempunyai pengkalan pengguna yang terdiri daripada beberapa segmen. Laporan awal mencadangkan bahawa gergasi teknologi itu akan pertama sekali melancarkan stablecoin di India melalui platform mesejnya, Whatsapp, membolehkan pengguna membuat pengiriman wang dan pembayaran. Syarikat itu dilaporkan bercakap dengan beberapa bursa pertukaran di mana aset digital itu boleh disenaraikan.

Namun begitu, kerjasama berbaur kontroversi dengan pihak ketiga dan kebimbangan tentang bagaimana Facebook akan melindungi privasi pengguna dan maklumat peribadi,  telah menyebabkan gergasi teknologi itu bercanggah dengan pemimpin dan oembangun dalam komuniti kripto.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/05/07/crypto-economist-behind-the-mit-bitcoin-experiment-is-reportedly-working-on-facebooks-new-coin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads