Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pakar Sains Komputer David Gelernter Merancang untuk Mencipta Alternatif Facebook Berdasarkan Blockchain

Baru-baru ini David Gelernter mengumumkan perancangannya untuk membangunkan projek blockchain baru, ‘Revolution Populi’ dalam cubaan untuk menggantikan Facebook. Gelernter adalah pengasas “Mirror Worlds”, dan juga profesor sains komputer, dan seorang penulis.

Bagi Gelernter, idea itu datang secara semulajadi. Ia adalah peluang untuk mengambil tindakan terhadap apa yang dilihatnya sebagai pemusatan Internet. “Siapa yang memiliki lanskap siber? Adakah kita semua memilikinya, atau hanya lima orang yang sangat kaya di California?” dia bertanya Wired.

Buat masa ini, Revolution Populi baru sahaja bermula dengan empat orang lelaki sebagai pengasas bersama. Gelernter telah lama berada di hadapan dari segi teknologi. Contohnya, dia adalah seorang perintis dalam bidang parallel computing dan data mining. Dia juga percaya bahawa teknologi masa hadapan akan bergantung kepada reka bentuk; dalam kata pendek, mereka perlu menambah kapasiti kita untuk interaksi manusia, bukan memencilkan kita dalam poket online.

Apa yang dicadangkan Gelernter adalah “dataran awam baru”. Peraturan untuk platform akan berdasarkan kepada Perlembagaan AS dan hanya boleh diubah melalui undian oleh pengguna platform itu. Ia juga bertujuan untuk menyokong pelbagai dApps. Hanya pengguna sahaja yang boleh memiliki dan menjual data mereka. Secara ringkas, ia bertujuan untuk menjadi platform anti-Facebook.

Bagaimana dengan pembiayaan? Melalui ICO, menurut Gelernter. Penjualan token akan digunakan untuk mengumpul dana yang kemudiannya boleh didagangkan di bursa pertukaran.

Namun begitu, ia masih di tahap awal perancangan. “Mungkin kami akan melakukan kesilapan; mungkin ia akan dijalankan oleh 16 orang tua di Pittsburgh,” Gelernter berjenaka. Dia mengajak orang awam untuk terlibat, sesuatu yang akan menolak Revolution Populi ke hadapan. Ia adalah platform yang direka bentuk dari tanah ke atas.

Walaupun dengan pelbagai cabaran, Gelernter percaya mimpi ini akan menjadi realiti. “Lima tahun dari sekarang, akan terdapat pesaing Facebook yang tidak wujud kini. Mereka perlu wujud; mereka akan wujud.” Pemikiran inilah yang membawanya untuk mencipta Revolution populi.

Sumber:

https://beincrypto.com/computer-science-guru-david-gelernter-plans-to-create-blockchain-based-facebook-alternative/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads