Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pakistan Menguatkuasakan Larangan Kripto, Mengambil Tindakan Terhadap 9 Firma Kripto

 

Securities and Exchange Commission Pakistan (SECP) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sembilan syarikat yang melanggar larangan matawang kripto di negara itu.

Walaupun baru-baru ini Menteri Kewangan Pakistan Asad Umar telah memberi cadangan untuk menghalalkan perdagangan dan perniagaan matawang kripto di negara itu yang akan menjejaskan 5,000 bursa pertukaran digital, larangan itu tetap ada.

Syarikat yang disasarkan oleh penguatkuasa Pakistan adalah Gold Transmit Network Technology (Pvt) Ltd, Green Apple Super Market (Pvt) Ltd, Galaxy Typing Jobs (SMC-Pvt) Ltd, 3-A Alliance (Pvt) Ltd. Pak Memon Impex (Pvt) Ltd, Memon Corporation (Pvt) Ltd, Humanitas Meritus (SMC-Pvt) Ltd, IDG Enterprises (Pvt) Ltd, dan Ayat Enterprises (SMC-Pvt) Ltd.

Beberapa syarikat yang disebut telah dituduh mengutip deposit yang tidak dibenarkan dari awam, dan menyewa kereta, rumah dan peralatan elektronik secara haram, tetapi yang lain telah terlibat dalam “matawang kripto dan penawaran skim MLM/Ponzi di Pakistan,” menurut sidang media. 

Tindakan SECP seperti ini adalah luar biasa dan ini adalah antara kali pertama suruhanjaya itu membuat dakwaan ke atas syarikat atas kesalahan berurusan dalam matawang kripto kerana larangan itu setakat ini masih belum dikuatkuasakan sehingga sekaran. Ini adalah kes waktu yang salah untuk syarikat itu memandangkan undang-undang yang membenarkan bursa pertukaran beroperasi tidak jauh.

Undang-undang matawang kripto baru itu masih di tahap “cadangan” tetapi akan dikeluarkan menjelang 20 Julai memandangkan ia mendapat sokongan kuat daripada menteri kewangan yang memberi jaminan akan terdapat fokus kepada polisi KYC dan AML apabila ia menjadi sah untuk berdagang. Ia adalah berita yang mengujakan kerana ia adalah kali pertama Pakistan menjadi ketua dalam teknologi, khususnya dalam kalangan negara jirannya.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber: 

https://bitcoinnews.com/pakistan-enforces-crypto-ban-taking-action-against-9-crypto-firms/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads