Default – Above Header Ads

Pakistan: Ripple Bekerjasama dengan Bank Komersial Islam Besar

Menurut laporan dari Crowdfunder Insider yang diterbitkan pada 8 September 2019, bank Pakistan besar, Faysal Bank Limited (FBL) telah bekerjasama dengan firma fintech, Ripple Inc. untuk melancarkan penyelesaian pembayaran digital yang berdasarkan blockchain.

Salah satu daripada bank komersial terbesar Pakistan, FBL mempunyai lebih dari 220 cawangan di seluruh Pakistan dengan aset di bawah pengurusan (AuM) melebih $1.5 bilion.

Menurut laporan itu, kerjasama FBL dengan firma DLT yang beroperasi di AS didedahkan pada 6 September, apabile eksekutif daripada kedua-dua syarikat menghadiri mesyuarat di Karachi. Presiden FBL, Yousaf Hussain menghadiri mesyuarat tersebut, menurut laporan.

Dengan kerjasama ini, FBL menyertai lebih dari 200 institusi kewangan dan bank seluruh dunia yang kini sebahagian daripada rangkaian RippleNet. Dalam tahun-tahun sebelum ini, Pakistan telah menjadi saksi kepada beberapa penyelesaian pembayaran digital. Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh BTCManager pada 10 Januari, firma telekomunikasi besar Pakistan Telenor – bersama-sama Valyou – telah melancarkan perkhidmatan pengiriman wang merentasi sempadan antarabangsa.

FBL juga adalah salah satu daripada bank komersial Pakistani yang secara aktif menggalakkan penggunaan fintech dan teknologi baru dalam ekonomi tempatan. Bank itu adalah yang pertama di Pakistan untuk melancarkan kad bank digital pada tahun 2017. Tambahan lagi, institusi kewangan itu juga telah menaja beberapa siri konferens di Karachi untuk meningkatkan kesedaran tentang wang digital dalam kalangan orang ramai.

Walaupun teknologi DLT diterima dengan baik oleh negara Asia Selatan itu, pendiriannya terhadap matawang kripto tetap negatif. Matawang digital seperti Bitcoin, Ether, Bitcoin Cash dan banyak lagi telah menghadapi cabaran pengawal seliaan di Pakisan dan tidak dianggap sebagai legal tender.

Sumber:

https://btcmanager.com/pakistan-ripple-xrp-islamic-bank/?q=/pakistan-ripple-xrp-islamic-bank/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads