Pantera Capital: CAGR 8 Tahun Bitcoin sangat Besar
Matawang kripto seperti Bitcoin melambangkan kelas aset baru yang mempunyai korelasi paling rendah kepada aset tradisional, dan juga salah satu rekod prestasi terbaik. Ini adalah kesimpulan hedge fund fokus kepada blockchain Pantera Capital, yang merekomen pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan memperuntukkan sebahagiannya kepada kripto.
CEO Pantera Dan Morehead berkata dalam surat yang diterbitkan di Medium bahawa Bitcoin dan perniagaan blockchain hampir tiada korelasi kepada kelas aset lain. Dia menyampaikan pulangan mingguan tiga tahun dan membuktikan bahawa Bitcoin tidak sama dengan aset tradisional seperti indeks saham dan komoditi.
Menurut Morehead, dalam tahun 1980an, terdapat sedikit korelasi antara aset tradisional seperti bon, matawang kripto dan komoditi. Namun begitu, pelabur menjadi semakin sedar dengan potensi diverisifikasi dan akhirnya mengurus portfolio yang sama.
CEO Pantera berkata,
“Pelabur bon hanya memiliki bon. Pelabur ekuiti tidak mengetahui apa-apa tentang matawang. Mereka yang berdagang minyak, hanya mendagangkan minyak dan seterusnya. Apabila teori portfolio moden mengambil alih, semuanya mahu portfolio yang pelbagai. Ironinya, mereka akhirnya membeli portfolio yang lebih kurang sama.”
Produk pelaburan seperti Goldman Sachs Commodity Index menambah kesan korelasi antara aset yang sebelum ini bergerak secara berlainan arah.
Bitcoin dan keseluruhan ekosistem blockchain adalah seperti udara segar untuk kedua-dua pelabur institusi dan biasa. Mereka adalah bagus bukan sahaja kerana mereka boleh memelihara kekayaan dalam masa krisis, tetapi juga boleh menjana lebih daripada pulangan yang baik tidak kira apa yang berlaku di tempat lain.
“Jika anda boleh menjumpai aset yang mempunyai CAGR lapan tahun sebanyak 235% dan korelasi yang kosong dengan semua benda lain, anda patut memilikinya.”
Dalam surat yang sama, Morehead mengumumkan empat projek baru yang disokong Pantera sejak awal pembangunan. Empat projek itu adalah Polkadot, BloXroute, Origin dan Filecoin.
Sumber:
https://bitcoinist.com/pantera-capital-bitcoins-8-year-compound-annual-growth-rate-exceeds-230/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!