Default – Above Header Ads

Parlimen Liechtenstein Sebulat Suara Luluskan Akta Baru Blockchain

Parlimen Liechtenstein telah sebulat suara meluluskan Akta “Act on Tokens and Entitites Providing Services Based on Trusted Technologies” (TVTG), yang juga dikenali sebagai Akta Blockchain. Pada 3 Oktober, Parlimen Liechtenstein meluluskan Akta Blockchain, yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan pelabur, memerangi pengubahan wang haram dan mewujudkan kejelasan pengawalseliaan. Undang-undang baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2020. Pengumuman parlimen mendakwa bahawa akta ini akan menjadikan Liechtenstein negara pertama mempunyai peraturan komprehensif ekonomi token.

Undang-undang yang baru diluluskan akan mengawal selia isu undang-undang sivil berhubung dengan perlindungan pelanggan dan aset, sambil mewujudkan pengawasan yang mencukupi dari pelbagai pembekal perkhidmatan dalam ekonomi token. Perdana Menteri Liechtenstein, Adrian Hasler berkata: “Dengan TVTG, satu elemen penting dalam strategi pusat kewangan kerajaan dilaksanakan dan Liechtenstein diletakkan sebagai lokasi yang inovatif dan selamat untuk penyedia perkhidmatan dalam ekonomi token.”

Thomas Nägele, peguam dan pengarang bersama Akta Blokchain Liechtenstein, dengan segera berkongsi berita ini dengan pengikut media sosialnya. Wakil Nägele, Ketua Pegawai Eksekutif Bitcoin Suisse di Liechtenstein, Mauro Casellini, menggariskan kepentingan Akta Blockchain: “Keputusan positif tanpa penentangan dari kerajaan Liechtenstein menunjukkan pentingnya “Akta Blockchain”. TVTG bukan sahaja mewujudkan kepastian undang-undang untuk semua peserta pasaran, tetapi juga mewujudkan era baru, era ekonomi token. Dengan peranan perintisnya, Liechtenstein membuktikan sekali lagi bahawa ia adalah lokasi yang sesuai untuk syarikat FinTech dan Blockchain, di tengah-tengah Eropah.”

Rujukan:

https://www.regierung.li/de/mitteilungen/222957/?typ=news

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads