Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Parti Pembangkang Australia Meletakkan $2.1 Juta Ke Dalam Akademi Blockchain

Dalam mengejar pembangunan kemahiran blockchain dalam kalangan pekerja, Labor Party Australia telah mengumumkan bahawa ia akan meletakkan $2.1 juta ke arah penciptaan Akademi Blockchain Australia yang pertama di Perth, menurut laporan ZDNet pada 1 Mei 2019.

Parti pembangkang Australia itu ingin memastikan penduduk negara itu tidak ketinggalan dalam perlumbaan global untuk implementasi teknologi blockchain. Sebagai hasilnya, parti politik itu ingin membangunkan hub untuk semua benda blockchain dalam Ibu negeri Western Australia, Perth.

Ed Husic, Menteri Bayangan untuk Ekonomi Digital berpendapat bahawa ibu negeri itu sudahpun membangun dengan kemunculan pelbagai startup blockchain dan penubuhan Akademi Blockchain akan menjadikan bandar itu lebih menarik untuk peminat teknologi itu.

Husic mengkritik kerajaan Liberal Party kerana malas untuk menyediakan populasi pekerja dengan kemahiran teknikal dalam permintaan. Dia berkata:

“Kerajaan Liberal telah gagal untuk menyelesaikan isu kekurangan kemahiran teknikal yang besar dan menghalang perkembangan perniagaan Australia.”

Dia menambah:

“Labor ingin menyelesaikannya, dengan melabur dalam penduduk Australia untuk menambah kemahiran perkerjaan yang mempunyai permintaan tinggi kini dan di masa hadapan.”

Husic menambah bahawa jika Akademi itu berjaya dalam mencapai matlamatnya, model institusi pendidikan yang sama boleh ditubuhkan di bandar-bandar lain dalam negara itu.

Wakil parti pembangkang itu berkata keputusan untuk melancarkan Akademi Blockchain itu hanya salah satu daripada contoh bagaimana parti itu menyokong “evolusi ekonomi digital negara itu.” Kekal dengan prinsip partinya, Husic berkata inisiatif seperti ini boleh membantu merapatkan “jurang percukaian yang tidak adil untuk golongan teratas bandar itu.”

Sumber:

https://btcmanager.com/australia-opposition-labor-party-commits-2-1-million-blockchain-academy/?q=/australia-opposition-labor-party-commits-2-1-million-blockchain-academy/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads