Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Parti Politikal Rusia Melancarkan E-Voting Berdasarkan Blockchain

 

Parti pemerintah Russian Federation, United Russia, telah melancarkan platform pengundian elektronik (e-voting) berdasarkan blockchain, menurut laporan media berita tempatan TASS pada 6 Mac.

United Russia telah dilaporkan melancarkan laman web yang dikemas kini untuk pilihan raya primaries dengan penambahan fungsi e-voting. Ketua projek IT parti itu, Vyacheslav Sateyev berkata proses pengiraan undi akan diimplementasi menggunakan teknologi blockchain.

Dia juga berkata:

“Calon boleh mengisi halaman peribadi mereka dalam laman web ini, termasuk menerbitkan berita, video, gambar, mengedarkan halaman mereka. Akaun peribadi itu kini diintegrasi dengan semua media sosial. Kami juga telah membangunkan versi laman web untuk telefon pintar.”

Hanya rakyat yang sudah menyempurnakan proses pengesahan di portal web yang menawarkan perkhidmatan elektronik negeri boleh menyertainya dan mengundi. Sistem e-voting ini dibangunkan untuk menambah baik ketelusan pilihan raya dan membuang pengantara dalam proses pilihan raya.

Pilihan raya primaries adalah straw vote yang dijalankan oleh United Russia untuk memilih calon parti untuk semua tahap pilihan raya umum. Keputusan pilihan raya primaries tidak semestinya terikat dengan undang-undang. Pada tahun 2016, beberapa calon dari United Russia yang tidak menyertai primaries masuk pilihan raya umum untuk negeri Duma.

Bulan yang lalu, majlis perbandaran Moscow, ibu negeri Rusia, memfailkan bil untuk menggunakan teknologi blockchain untuk sistem pengundian elektronik. Moscow City Duma, parlimen tempatan ibu negeri Rusia itu, merancang untuk melindungi proses dan Keputusan pengundian elektronik dalam pilihan raya akan datang dengan teknologi blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ruling-russian-political-party-launches-blockchain-based-e-voting

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.