Default – Above Header Ads

Pasar Kripto Paxful Menyempurnakan Sekolah Kedua di Rwanda

 

Minggu ini, Paxful, salah satu daripada pasar bitcoin peer-to-peer (P2P) terbesar di dunia, mengumumkan penyempurnaan sekolah baru di Rwanda. Sekolah itu dibiayai sepenuhnya dengan bitcoin, sebagai sebahagian daripada inisiatif #BuiltwithBitcoin, dan merupakan sekolah kedua yang dibina dalam negara itu melalui projek ini. Kumpulan itu merancang untuk membina 100 sekolah di seluruh benua Afrika.

Sekolah baru itu adalah prokel bernilai $100,000, dan dibina dengan bantuan Zam Zam Water, organisasi kemanusiaan tempatan. Wang pembiayaan itu dikutip melalui beberapa siri sumbangan Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin dan Dash.

Sekolah Paxful adalah sekolah rendah pertama dalam kawasan itu, ia mempunyai 6 kelas dengan 6 guru sepenuh masa, kantin, tandas sekolah, panel solar dan sistem air 35,000L.

Ray Youseff, CEO dan pengasas bersama Paxful, memberitahu Cointelegraph bahawa mereka menawarkan biasiswa dan juga membina sekolah. Youseff berkata:

“Kami menggalakkan sektor matawang kripto untuk menyumbang kepada projek kemanusiaan. Inisiatif #BuiltwithBitcoin adalah contoh bitcoin yang digunakan lebih dari alat untuk spekulasi, ia juga digunakan sebagai bukti kegunaan matawang kripto. Hari ini, kami telah membina dua sekolah – taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah di Rwanda, Afrika – dan memberi biasiswa kepada pelarian Afghan, dan kami merancang untuk meneruskan usaha kemanusiaan ini.”

Presiden dan pengasas Zam Zam Water Yusuf A. Nessary menambah:

“Mempunyai pusat pendidikan yang betul adalah asas untuk membawa negara seperti Rwanda ke hadapan, pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup mereka. Pendidikan adalah batu loncatan yang penting dalam berkhidmat untuk rakyat di negara sedang membangun untuk meningkatkan kualiti hidup. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Paxful untuk membekalkan pendidikan kepada generasi seterusnya.”

Paxful adalah contoh baih syarikat matawang kripto yang memberi balik kepada komuniti. Paxful juga telah melalui tahun yang baik dalam mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka, meskipun dengan pasaran yang menurun.

Menurut data yang dikongsi bersama CryptoGlobe, Paxful telah melihat penggunanya mendagangkan lebih $739 juta tahun lepas, naik dari jumlah sebanyak $320 juta pada tahun 2017. Angka itu ketara, memandangkan jumlah penggunanya bertambah kurang daripada 20%, dari 759,000 kepada 906,000 dalam tempoh itu.

Ini bermakna semasa tahun 2017, pengguna Paxful membuat transaksi bitcoin yang lebih sedikit berbanding tahun lalu dalam pasaran menurun, yang melihat harga bitcoin jatuh dari $20,000 ke $3,200 sebelum ia pulih, menurut data CryptoCompare.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/paxful-crypto-marketplace-completes-second-school-in-rwanda/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads