Default – Above Header Ads

Pasaran Kripto Meningkat Semula, Bitcoin Menuju $ 7,500

 

Pasaran kripto dilihat kebanyakannya meningkat hari ini, meneruskan momentum kenaikan minggu ini. Sepuluh altcoin teratas kukuh pada hari ini, mencapai sehingga keuntungan sebanyak 8 peratus. Bitcoin sedang didagangkan pada $ 7,426 pada waktu penulisan. Bitcoin menyaksikan urusniaga harian rendah $ 7,246.

Ethereum (ETH) pula menyaksikan pertumbuhan yang lebih ketara sepanjang 24 jam yang lalu, hampir 5 peratus dan didagangkan pada $ 466 pada masa penulisan. ETH mengalami kenaikan mingguan hampir 8 peratus, mencecah lebih dari $ 500 pada 18 Julai lalu.

Permodalan pasaran keseluruhan semua mata wang kripto berlegar sekitar $ 282-283 billion, naik sekitar 2 peratus dalam masa 24 jam. Jumlah pasaran kripto turun dari puncaknya minggu ini iaitu pada hampir $ 300 billion. Antara sepuluh mata wang kripto utama di CoinMarketCap, Stellar (XLM) dan IOTA (MIOTA) semakin tinggi pada hari ini, masing-masing mencapai peningkatan lebih kurang 7 dan 5 peratus.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/liverpool-aims-to-become-world-s-first-climate-positive-city-using-blockchain-tech

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads