Default – Above Header Ads

Pasaran Saham yang Rapuh boleh Menolak Harga Bitcoin Hingga ke $25,000, Menurut Max Keiser

Pengasas firma venture capitalist kripto Heisenberg Capital mengambil posisi bearish terhadap pasaran ekuiti, bimbang ia akan jatuh secara kolektif sebanyak 15,000 points. Dia juga membayangkan kejatuhan pasaran saham akan menolak pelabur untuk memindahkan kapital mereka ke dalam aset safe-haven. Dia berkata:

“Pasaran saham menunjukkan tanda-tanda kerapuhan yang ekstrem. Satu jurang besar sebanyak 1500 points duduk di bawah harga semasa. Apabila pintu perangkap terbuka, nantikan Bitcoin pada harga $25,000 dan emas pada harga $3,000.”

Komen itu datang pada hari di mana pengurus dana terbesar dunia juga menyampaikan rasa pesimis mereka terhadap stok. UBS Wealth Management, yang menguruskan aset bernilai $2.5 trilion dalam portfolionya, merekomen klien mereka untuk mengurangkan posisi mereka dalam aset yang berisiko. Firma pengurusan pelaburan yang beroperasi di Kanada, Fiera Capital juga menyatakan bahawa sentimen pasaran global sangat rapuh, di mana pelabur menunjukkan risk-off.

Keiser, UBS dan Fiera meminjam sentimen pesimis mereka daripada pergelutan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Dua kuasa besar itu sejak kebelakangan ini telah meningkatkan tekanan selepas implementasi “tarif tit-for-tat” ke atas negara masing-masing. Pada 23 Ogos, Presiden AS Donald Trump menghangatkan lagi isu itu dengan memanggil syarikat rantau untuk “mula mencari alternatif kepada China. Kenyataan itu telah menghilangkan penilaian 2.6 peratus daripada ekuiti AS apabila pelabur menukar aset yang berisiko kepada aset safe haven termasuk emas, bon kerajaan, Japanese Yen dan juga Bitcoin.

Tetapi 26 Ogos adalah berlainan dengan minggu sebelumnya. Trump kini menghadiri G7 Summit di Perancis, di mana dia memuji China kerana berusaha untuk memulakan rundingan perdagangan. Semasa tengah hari UTC, Presiden itu memetik laporan MarketWatch dalam tweet, menyatakan dia sangat terpegun dengan pegawai China kerana “sanggup untuk datang dan menyatakan fakta dengan tepat” tentang pergelutan perdagangan masa kini.

Tiada jaminan kepada pengakhiran opera yang dipanggil perang perdagangan AS-China ini. Tetapi untuk jangka masa pendek, nampaknya ia menghala ke jalan yang betul. Ia mungkin membawa pengakhiran yang gembiran kepada pasaran saham, yang seperti dinyatakan boleh menolak pelabur untuk meninggalkan Bitcoin.

Sumber:

https://bitcoinist.com/fragile-stock-market-could-push-bitcoin-price-to-25000-max-keiser/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.